
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sejak belakangan ini, ada sahaja kisah yang dipaparkan di media sosial mengenai kejadian buli khususnya dalam kalangan pelajar.
Walaupun telah banyak kes buli yang telah dilaporkan namun entah mengapa masih ada sesetengah individu yang berani melakukan perkara sebegini.
Malah, ada segelintir golongan pembuli ini yang menganggap ia hanyalah satu perbuatan biasa malah dianggap gurauan.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Cubaan Buli” – Ibu Geram Anak 5 Tahun Disimbah Air & Nyaris Disepak Kanak-Kanak Lain
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Alami Gegaran Otak, Dipercayai Jadi Mangsa Buli Gara-Gara Kakak Tolak Cinta
Sekumpulan Pelajar Pegang & Hayun Rakan Pada Tiang
Semalam (22 September), kecoh di media sosial sebuah video yang memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab sekumpulan pelajar lelaki terhadap seorang individu.
Menerusi video tular, kelihatan empat orang lelaki yang memakai baju t-shirt berwarna ungu dan berseluar hitam sedang memegang seorang pemuda yang memakai t-shirt berwarna biru dan seluar hitam.
Apa yang menjadi perhatian adalah kempat-empat lelaki berkenaan meletakkan tiang di antara kedua-dua kaki mangsa sebelum menghentaknya pada tiang terbabit sebanyak empat kali.
Tindakan itu menyebabkan mangsa menjerit kesakitan manakala orang di sekelilingnya hanya tertawa melihat kejadian tersebut.
Video itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial hingga ramai mengecam dan mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap si pelaku.
Malah, penyanyi rap tanah air, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut berkongsi dua video berhubung kejadian yang berlaku di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak itu.
KBS Jalankan Siasatan Segera, Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Si Pelaku
Susulan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya memandang serius kejadian buli tersebut.
“KBS memandang serius perbuatan ini kerana ia menyentuh isu keselamatan, maruah dan disiplin yang menjadi asas kepada semua Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
“Buli bukan sekadar salah laku individu tetapi ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat dan selamat,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 19 September lalu kira-kira jam 4.30 petang.
Pihak IKBN Miri hanya menerima laporan berhubung insiden tersebut menerusi media sosial pada 22 September tersebut dan terus mengambil tindakan segera bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tindakan disiplin tegas termasuk penggantungan atau dibuang akan diambil terhadap pelaku tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa.
“KBS menegaskan bahawa tiada ruang untuk menjadikan kekerasan fizikal sebagai gurauan atau tradisi di ILKBS,” jelas mereka lagi.
KBS TEGAS TOLAK BUDAYA BULI DI ILKBS, SIASATAN MENYELURUH DILAKSANAKAN #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Posted by KBSMalaysia on Monday 22 September 2025
Dalam pada itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Aysraf Wajdi Dusuki menggesa polis agar mengambil tindakan terhadap kumpulan pelajar berkenaan.
Tegasnya, tindakan bergurau secara melampau juga adalah kes buli dan tidak boleh didiamkan dengan alasan kononnya bergurau.
BERGURAU SECARA MELAMPAU JUGA ADALAH SATU BENTUK BULI! Perbuatan seperti ini tidak boleh sesekali dikompromikan atau didiamkan atas alasan gurauan. Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak? Harap pihak polis dapat segera bertindak dengan tegas. Semua pelaku juga wajib didakwa agar menjadi pengajaran penting buat semua. #YouTouchYouGo #BuliSatuJenayah
Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Monday 22 September 2025
Baca Artikel Berkaitan: Buli Kini Satu Jenayah, Tempat Kerja Juga Tidak Terkecuali! Pelaku Boleh Dipenjara & Didenda
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Bendung Gejala Buli, KPM Arah Sekolah Laksanakan Laungan ‘Kami Benci Buli’
Source:


