Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Penyanyi, Nubhan Ahamad berpesan kepada bekas isteri iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie untuk sentiasa bersabar dalam mengharungi kehidupan mendatang.
Biarpun reda dengan perceraian mereka, Nubhan berkata dia tetap bertabah demi anak-anak serta urusan penjagaan yang dipersetujui secara bersama.
Artikel berkaitan: Nubhan Sedia Pertimbangkan Tarik Balik Kes Pelanggaran Dr Afifah Jika…
Artikel berkaitan: Dakwa Pecah Masuk Rumah, Dr Afifah Bakal Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan
“Kalau nak fikir orang, awal-awal lepas cerai saya dah tulis macam-macam” – Nubhan
Pesan Nubhan lagi, Dr Fie tidak perlu memikirkan tanggapan orang sebaliknya perlu banyak bersabar.
“Saya terima, saya reda dengan ‘perpisahan’ yang sudah berlaku ini. Jadi, dia (bekas isteri) pun kena banyak sabar. Saya sabar sampai sekarang, dan dia pun kena sabar jugalah kan?”
“Kita pun ada anak-anak. Jangan fikir apa yang orang nak fikir. Kalau nak fikir orang, awal-awal selepas perceraian itu, saya dah tulis macam-macam, tapi saya tahan sabar sahaja.”

“Tak apalah, biarkan sahaja apa orang nak cakap. Namun, bila apa yang dia tulis (di media sosial) menjadi fitnah, saya buat ikut undang-undang sebab nak ‘clear’ (bersihkan) semua benda.”
“Fitnah ini banyak kesan. Jadi, saya juga ada hak untuk mempertahankan diri. Takkan nak terus biarkan, selepas sudah lama saya berdiam.”
Sebelum ini, Nubhan memfailkan permohonan komital terhadap Dr Fie berikutan dengan 3 kenyataan di media sosial yang didakwa berunsur fitnah yang boleh menjatuhkan reputasinya.
Namun, dakwaan itu masih dalam proses mahkamah dan belum lagi mendapat sebarang keputusan.
Sumber: Harian Metro
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





