Tular Seorang Lelaki Di Sabah Dibelasah Kerana Mencuri Barang Keperluan, Raih Simpati Netizen

2 Jan 2023 • 4:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gambar suspek selepas dibelasah tular di media sosial baru-baru ini

Tular Seorang Lelaki Di Sabah Dibelasah Kerana Mencuri Barang Keperluan, Raih Simpati Netizen. Baru-baru ini, seorang lelaki di Sabah telah dibelasah teruk kerana mencuri di sebuah pasar raya besar di Semporna.

Gambar lelaki itu yang kelihatan teruk dipukul bersama dengan barang dicurinya – terdiri daripada dua botol syampu, sebotol losyen, sepaket gula dan satu bungkusan jajan– kemudian tular di media sosial, meraihkan simpati dari netizen.

image is not available
Tular Seorang Lelaki Di Sabah Dibelasah Kerana Mencuri Barang Keperluan, Raih Simpati Netizen

Suspek cuba melarikan diri dengan sebuah kereta

Menurut laporan, suspek iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun, dilaporkan terlibat dalam kegiatan mencuri barangan di pasar raya berkenaan.

Difahamkan, seorang kakitangan pasar raya itu cuba menghalang suspek namun suspek cuba melarikan diri dengan sebuah kereta apabila kakitangan itu cuba menahannya.

Beberapa pekerja pasar raya terbabit cuba menahan suspek tetapi suspek berjaya masuk ke dalam kereta dan memandu dari pasar raya berkenaan.

Suspek dilaporkan memandu secara melulu sehingga melanggar kenderaan lain, termasuk sebuah van, dan mengakibatkan kenderaan suspek rosak. Suspek kemudian ditangkap oleh pekerja.

Dibelasah oleh orang awam

Sebuah video yang dikongsi menerusi Twitter menunjukkan kejadian yang berlaku susulan kemalangan tersebut.

Dalam video berdurasi 1 mini 36 saat itu, suspek dilihat dibelasah oleh orang awam sehingga cedera parah.

image is not available
Tangkap layar video tersebut. Kredit: Twitter

Gambar suspek terikat dan berlumuran darah selepas dipukul kemudiannya dikongsi di media sosial, memaparkan barang-barang yang dicurinya yang bernilai RM126.

Polis berjaya mengesan dan menahan suspek pada hari yang sama. Sementara itu, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Siasatan mendapati suspek mempunyai 11 sabitan jenayah lampau – dua adalah kerana menghalang penjawat awam menjalankan fungsi awam dan mencuri manakala selebihnya kerana kesalahan dadah

image is not available

“Salah tetap salah, tapi pihak pengurusan ada budi bicara bila kena tangkap,” – netizen

Terdapat netizen berpendapat pukulan itu tidak perlu kerana lelaki itu hanya mencuri beberapa barangan keperluan manakala ada pula berpendapat meskipun tidak bersetuju dengan pukulan itu, jenayah tetap jenayah dan sepatutnya diselesaikan dengan baik.

Antaranya seperti:

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

Lagi di sini: