Tular Tendang Anak Perempuan Di Restoran, Lelaki 40-an Serah Diri Kepada Polis

LocalFamily & Parenting
15 Sep 2026 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang lelaki yang dipercayai menendang anak perempuannya dalam kejadian di sebuah restoran masakan ala Thailand terkenal di Telipot, Kota Bharu dilaporkan sudah menyerah diri kepada pihak polis.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu menyerah diri di Balai Polis Kota Bharu semalam bagi membantu siasatan.

Advertisement

sfs

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis Kini Buru Lelaki Tendang Anak Perempuan Sampai Melambung Di Kedai Makan Di Kelantan

Sebelum ini, polis memaklumkan sedang mengesan seorang lelaki selepas dia didakwa menyepak seorang kanak-kanak perempuan dalam kejadian di sebuah kedai makan masakan Thai di Telipot.

Pihak polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 10.24 malam berhubung video kejadian tersebut yang tular di media sosial menerusi aplikasi Threads. – UTUSAN MALAYSIA

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki tendang anak2026-09-14 10:26:17

Polis Kini Buru Lelaki Tendang Anak Perempuan Sampai Melambung Di Kedai Makan Di Kelantan

The post Tular Tendang Anak Perempuan Di Restoran, Lelaki 40-an Serah Diri Kepada Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved