Tular Video Mat Rempit Sesuka Hati Halang Jalan Keluar Tol, 30 Motosikal Disita & 179 Saman Dikeluarkan [Video]

19 Oct 2026 • 12:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menunjukkan video sekumpulan mat rempit sedang berkumpul di laluan keluar Plaza Tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam.

Kejadian berlaku semalam, 18 Oktober hingga awal pagi tadi.

Menerusi video tersebut, kelihatan banyak motosikal menghalang laluan keluar tol dipercayai untuk menganjurkan perlumbaan haram. Dalam video sama, kelihatan beberapa buah kenderaan termasuk lori terpaksa membrek selepas laluan mereka terhalang.

View on Threads

30 Motosikal Disita, 179 Dikeluarkan Semasa Op Bersepadu Motosikal Dijalankan Di Laluan Keluar Tol BORR

Terbaharu, sebanyak 30 buah motosikal disita, manakala 179 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu Motosikal yang dijalankan berhampiran laluan keluar tol BORR semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul, operasi itu dijalankan bermula jam 5 petang semalam hingga 2 pagi bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

30 motosikal terlibat disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Daripada jumlah saman itu (179 saman), 158 dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala 21 lagi dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Tunggang Motosikal Tanpa Lesen, Tak Pamer Lesen, Tiada Nombor Pendaftaran & Banyak Lagi Kesalahan Dikesan Polis & JPJ

Antara kesalahan yang dikesan adalah:

  • Menunggang tanpa lesen memandu (25 kes)
  • Nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (24)
  • Tidak pamer lesen percubaan (P) atau Lesen Belajar Memandu (LDL) (17)
  • Ubah suai struktur atau peralatan motosikal (16)
  • Aksesori tidak sempurna (16)
  • Ubah suai ekzos (15)
  • Tiada nombor pendaftaran (13)
  • Tiada cermin sisi (12)
  • Kenderaan tanpa perlindungan insurans (6)
  • Lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (6)
  • Lesen memandu tamat tempoh serta tiga kes brek tidak berfungsi dengan baik (5)

Tambah Anuar, JPJ turut mengeluarkan lima notis teknikal, 14 notis saman dan dua notis sita (extreme) sepanjang operasi terbabit.

Ramai Kecam Geng Mat Rempit Halang Laluan Keluar Tol

Sebelum ini, orang ramai telah mengkritik tindakan mat rempit yang bertindak menghalang laluan jalan raya demi hiburan mereka semata-mata.

“Suka hati je nak halang jalan keluar tol sebab nak buka game lumba haram. Tak berduit sangat ke nak sewa trek? Menyusahkan orang lain dan langgar undang-undang,” kata seorang pengguna Threads dikenali sebagai Shaharudin Shahrom.

“‘Kami pun bayar cukai’. Ayat mat rempit yang menyusahkan pengguna jalan raya lain. Bukan main banyak litar dekat Malaysia ni kau boleh sewa kalau nak berlumba,” kata seorang lagi lelaki.

Plaza Tol Bagan Ajam Didakwa Jadi Port Lumba Haram

Beberapa individu pula berkata Plaza Tol Bagan Ajam, Penang kerap menjadi port geng mat rempit berlumba haram.

“Memang ni tempat mat-mat rempit ni berlumba dari dulu. Sini kebanyakannya orang tempatan yang lalu, yang pergi ke kerja di kawasan situ. Jadi dia main (lumba haram) di lebuh raya yang kurang sesak. Tu yang diorang berani tu,” dakwa seorang wanita.

“No tol Bagan Ajam kan? Diorang buat benda sama masa raya ketiga. Padahal pukul enam tu ramai nak pergi kerja dan naik ETS lepas habis raya. Lepas tu suka hati jadi macam polis trafik mengarah kereta gerak ke arah mana,” kata seorang lagi warganet.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Tular Video Mat Rempit Sesuka Hati Halang Jalan Keluar Tol, 30 Motosikal Disita & 179 Saman Dikeluarkan [Video]
Image from: Tular Video Mat Rempit Sesuka Hati Halang Jalan Keluar Tol, 30 Motosikal Disita & 179 Saman Dikeluarkan [Video]
Image from: Tular Video Mat Rempit Sesuka Hati Halang Jalan Keluar Tol, 30 Motosikal Disita & 179 Saman Dikeluarkan [Video]
Image from: Tular Video Mat Rempit Sesuka Hati Halang Jalan Keluar Tol, 30 Motosikal Disita & 179 Saman Dikeluarkan [Video]
Image from: Tular Video Mat Rempit Sesuka Hati Halang Jalan Keluar Tol, 30 Motosikal Disita & 179 Saman Dikeluarkan [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Tiba-Tiba Masuk & Halang Laluan Motosikal Lain Jadi Punca Kemalangan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Halang Kereta Di Lebuh Raya Untuk Beri Laluan Lumba Haram Dikecam [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Jatuh Ketika Tunjuk Aksi ‘Wheelie’ Depan Orang Ramai, Motosikal Rempuh Myvi [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved