Tular Video Peniaga Lobster Di Semporna ‘Kantoi’ Tipu Pelancong China – “Buat Malu Orang Sabah!”

LocalTravel
22 Oct 2025 • 3:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sebuah video memaparkan pelancong dari China mendakwa dirinya ditipu oleh sekumpulan peniaga lobster di Semporna, Sabah, sehingga mencetuskan kemarahan netizen tempatan.

Menurut pelancong tersebut, kejadian bermula apabila sekumpulan pemuda yang menjual lobster enggan menerima wang tunai yang dihulurkannya dengan alasan wang itu kelihatan seperti duit palsu.

Saya baru keluarkan duit itu dari mesin ATM berhampiran, tapi mereka kata nampak macam palsu.

Namun, ketika pelancong itu menegaskan wang tersebut sah dan baru dikeluarkan, salah seorang peniaga dilihat menukar lobster di dalam plastik dengan udang yang lebih kecil saiznya.

Tidak lama kemudian, kumpulan itu berpura-pura mengesahkan bahawa wang itu bukan palsu dan menyerahkan semula lobster yang telah ditukar. Menyedari helah tersebut, pelancong itu segera merampas semula wangnya dan menegur perbuatan tidak jujur itu.

Kejadian itu menyebabkan suasana menjadi tegang, malah pelancong berkenaan mendakwa dirinya diejek oleh peniaga-peniaga terbabit.

Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat kecaman hebat daripada netizen Malaysia, terutamanya rakyat Sabah sendiri, yang berasa malu dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga di kawasan pelancongan itu.

Memang memalukan, buat malu orang Sabah saja.

Jangan salahkan pelancong kalau nanti ramai yang tak mahu datang ke Semporna.

Ada juga yang mendakwa ramai peniaga di kawasan tersebut adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mengambil kesempatan ke atas pelancong.

Insiden ini sekali lagi mencetuskan perbincangan tentang perlunya pemantauan ketat terhadap peniaga di kawasan tumpuan pelancong, bagi menjaga reputasi Malaysia sebagai destinasi mesra pelancong.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-21 13:26:37

"Aku Influencer, Ada 40K 'Followers'" - Individu Bawa Keluarga Makan Di Kedai Nasi Kandar Enggan Bayar RM54, Nak Makan 'Free'

View Original Article