Tular Video Wanita Didakwa Curi Bagasi Pakaian Dalam Surau

29 Oct 2026 • 11:50 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui kes kecurian seperti di surau mahupun masjid bukanlah satu perkara baharu. Malah ada segelintir melakukan pelbagai taktik untuk melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Tular wanita didakwa curi bagasi dan beg pakaian

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang didakwa mengambil bagasi milik jemaah lain di sebuah surau.

Menerusi video tular itu, awalnya kelihatan seorang wanita berbaju putih terbabit sedang berjalan keluar menuju ke bahagian tempat kasut.

Awalnya duduk di kerusi besi sambil main telefon

Wanita itu kemudiannya dilihat memakai kasutnya sambil meliha keadaan sekeliling sebelum duduk di kerusi besi yang disediakan dalam surau berkenaan.

Individu itu kemudiannya dilihat bermain telefon sambil memandang ke arah sebuah bagasi yang berada di sebelahnya.

Keluar bawa bagasi dan beg berwarna merah jambu keluar dari surau

Tidak lama kemudian dia sekali lagi dilihat melihat ke arah bahagian dipercayai tempat solat sebelum bangun dan mencapai sebuah beg berwarna merah jambu dan juga bagasi keluar daripada surau berkenaan.

Dalam video sama, turut kedengaran suara seorang wanita menyebut, “cuba tengok di KTM (Keretapi Tanah Melayu.”

Meskipun tidak diketahui bila dan di manakah lokasi insiden tersebut namun ramai percaya ia berlaku di surau KL Sentral.

Difahamkan video asal yang dimuat naik telah dipadam, namun ada pengguna yang sempat memuat turun dan berkongsi semula rakaman berkenaan di media sosial.

Tidak kurang juga ada segelintir golongan affiliate yang tidak bertanggungjawab apabila memuat naik video bersama dengan informasi yang mengelirukan kononnya mangsa dalam rakaman itu adalah ahli keluarganya.

View on Threads

Ramai kritik tindakan wanita ambil beg bagasi

Melihat di ruangan komen ada yang mengkritik tindakan wanita berkenaan sekiranya benar dia mengambil beg bagasi tersebut.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar pihak berkuasa seperti polis untuk mengambil tindakan lanjut atas perbuatan tersebut.

Video sama turut tular di platform Threads dan rata-rata pengguna turut berang melihat perbuatan tidak bermoral itu.

Ada dakwa insiden seperti berlaku di surau KL Sentral

Di ruangan komen di Threads, ada yang berpendapat insiden tersebut dilihat seperti berlaku di surau KL Sentral.

Ada juga memaklumkan wanita berkenaan sudah ditahan.

“Tak fikir panjang ke nak buat”

Image from: Tular Video Wanita Didakwa Curi Bagasi Pakaian Dalam Surau

“Dekat surau pun kau nak buat macam tu alahai”

Image from: Tular Video Wanita Didakwa Curi Bagasi Pakaian Dalam Surau

“Beg baju pun jadi”

Image from: Tular Video Wanita Didakwa Curi Bagasi Pakaian Dalam Surau

“Update: Tolong padam video iini, suspek telah ditangkap”

Image from: Tular Video Wanita Didakwa Curi Bagasi Pakaian Dalam Surau

“Tapi surau KL Sentral ni memang selalu orang tinggal beg dekat bahagian kasut ni sebab surau tu kecil. Dulu saya tinggal beg dekat sini”

Image from: Tular Video Wanita Didakwa Curi Bagasi Pakaian Dalam Surau

“Sebab tu setiap kali masuk mana-mana surau, tandas, aku takut nak tinggal barang lama-lama.”

Image from: Tular Video Wanita Didakwa Curi Bagasi Pakaian Dalam Surau
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved