Tular Video Warga Singapura Diperas Ugut RM500, Polis Johor Siasat 2 Anggota Polis Trafik

Entertainment
15 Mar 2024 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lagi-lagi kes rasuah melibatkan anggota polis! Kali ini, tular di media sosial mengenai sebuah video rakaman warga Singapura yang mendakwa mereka telah diperas ugut oleh anggota polis trafik.

Menerusi posting Facebook dari pengguna Irene Teo, dia mendakwa telah diperas ugut oleh anggota polis trafik Malaysia untuk membayar RM499.40 (SGD 142) di Bangunan Sultan Idris (BSI) pada 10 Mac lalu.

Menurut Irene, dua polis trafik di BSI itu telah mengeluarkan saman atas kesalahan masuk ke laluan lori di kawasan pemeriksaan 8A arah Johor Bahru ke Singapura sekitar jam 8.15 malam.

@momochan9321

#fyp #malaysiapolice ask us go where? Jom minum kopi? Btw im malaysian just happened to sit on a SG car and this happened. #viral #tiktoksg #wakeupmalaysia

♬ Paris – Else

Polis Johor siasat dua anggota polis lakukan pemerasan

Susulan tularnya video berkenaan, Polis Johor difahamkan telah menjalankan siasatan terperinci mengenai kes ini selepas mengesan video tersebut di Facebook yang dimuat naik penama Irene Teo dalam halaman Sage.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, sehingga setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dibuat oleh mangsa berhubung insiden itu.

Permohonan rasmi dibuat ke Pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru untuk mengesan pemilik akaun Facebook Sage dan penama Irene Teo untuk membantu siasatan,” katanya.

Pihaknya juga amat komited dalam usaha memerangi masalah integriti serta salah laku jenayah dalam kalangan pegawainya.

Tegasnya lagi, mana-mana pegawai yang dipercayai melakukan jenayah akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi berlandaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, isu berkenaan telah menjadi perbincangan hebat di kalangan netizen yang mana rata-rata mengecam tindakan anggota polis yang mengambil rasuah.

Haish perkara macam ni lah yang merosakkan imej PDRM. Harap ia tidak lagi berulang.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.