Tular Warga Asing Didakwa Beli Minyak Peket Di Pasar Raya

23 Oct 2026 • 4:18 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Minyak peket merupakan salah satu barangan basah yang disubsidikan untuk rakyat Malaysia. Oleh itu, mana-mana warga asing tidak dibenarkan membelinya termasuklah peniaga juga tidak boleh menjual bahan ini kepada mereka.

Mana-mana peniaga yang didapati menjual minyak peket kepada warga asing boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Warga asing didakwa beli minyak peket

Baru-baru ini tular satu hantaran dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads memaparkan foto seorang individu dipercayai warga asing yang didakwa membeli minyak masak peket di sebuah pasar raya di Perak.

Dalam hantaran yang tular itu, kelihatan seorang lelaki warga asing sedang berada di sebuah kaunter untuk membuat pembayaran. Bahkan turut kelihatan dia sedang memegang wang kertas berwarna merah dipercayai not RM10.

Juruwang pegang dua peket minyak masak peket

Turut kelihatan kaunter tersebut dijaga oleh seorang juruwang wanita yang sedang memegang dua peket minyak masak.

Pengguna itu kemudiannya bertanya kepada orang ramai secara sinis adakah warga asing dibenarkan untuk membeli minyak peket tersebut.

Image from: Tular Warga Asing Didakwa Beli Minyak Peket Di Pasar Raya

Melihat di ruangan komen, pengguna berkenaan turut memaklumkan perkara itu berlaku di sebuah pasar raya di Seri Iskandar, Perak selepas ada yang bertanya di manakah insiden terbabit.

Tidak kurang ada yang mempersoalkan mengapa juruwang terbabit tidak menghalang warga asing berkenaan daripada membelinya.

Ada yang minta tegur dan buat aduan kepada KPDN

Ada juga yang meminta pengguna berkenaan menegur perkara tersebut dan memberikan amaran kerana ia adalah hak rakyat Malaysia.

Bahkan ada yang turut menyuruhnya membuat laporan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ada juga yang cuba bersangka baik dengan mengatakan individu itu mungkin warganegara Malaysia yang berketurunan luar dan dilihat seperti warga asing.

Namun pengguna terbabit mengatakan dia mengetahui individu terbabit adalah warga asing kerana bekerja di tempat dia belajar.

“Mana kau tahu dia warga asing? Jangan lah memfitnah macam tu je. Dia mungkin keturunan Pakistan atau Arab tapi warganegara”

Image from: Tular Warga Asing Didakwa Beli Minyak Peket Di Pasar Raya

” Cubalah tanya juruwang tu”

Image from: Tular Warga Asing Didakwa Beli Minyak Peket Di Pasar Raya

“Juruwang tu pun kenapa jual?”

Image from: Tular Warga Asing Didakwa Beli Minyak Peket Di Pasar Raya

“Dia ada kad pengenalan lah kot, kan kena imbas ecoss kalau nak beli”

Image from: Tular Warga Asing Didakwa Beli Minyak Peket Di Pasar Raya

“Kenapa eh juruwang pasar raya kalau nampak warga asing beli hak Malaysia. Dia orang tak halang”

Image from: Tular Warga Asing Didakwa Beli Minyak Peket Di Pasar Raya
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved