Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu video di laman Threads menunjukkan dua orang lelaki yang didakwa merupakan warga asing sedang mengangkut beberapa kotak disyaki berisi minyak paket bersubsidi daripada sebuah lori dipercayai sekitar Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Menerusi video tersebut, seorang lelaki telah menghulurkan sejumlah wang tunai kepada pemandu lori terbabit. Namun tidak dapat disahkan untuk urusan apa.
Dalam klip seterusnya pula, kelihatan kedua-dua mereka kemudiannya mengangkat kotak dipercayai minyak subsidi ke sebuah flat di kawasan tersebut.
Dakwa pengendali akaun Threads, warga asing berkenaan telah memborong minyak yang diperuntukkan khas buat rakyat Malaysia itu.
“Wow borong minyak paket subsidi rakyat Malaysia di Pantai Dalam. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, banyak tu,” dakwanya.
View on Threads
Individu Bukan Warganegara Malaysia Dilarang Beli Minyak Paket Bermula 1 Mac 2026
Untuk info, berkuat kuasa 1 Mac 2026, warga asing dilarang membeli minyak masak sawit tulen dalam bungkusan polibeg 1 kilogram (minyak bersubsidi).
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali, larangan itu diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, dengan punca kuasa Akta Kawalan Bekalan 1961.
Jelas Armizan, had pembelian minyak bersubsidi pula ditetapkan tiga paket bagi setiap ahli isi rumah menggunakan sistem eCOSS (Electronic Cooking Oil Subsidy System).
Ramai Tak Puas Hati Warga Asing Ambil Hak Rakyat Malaysia
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa bengang dengan perbuatan warga asing berkenaan yang didakwa ‘menyonglap’ minyak masak bersubsidi.
“Habis subsidi rakyat kena curi dengan warga asing,” kata seorang netizen.
Netizen Persoal Rakyat Malaysia Yang Perlu Guna Sistem eCOSS, Tetapi Warga Asing Didakwa Boleh Terlepas Dapat Minyak Subsidi Yang Banyak
Malah ramai juga yang mempersoal fungsi sebenar sistem eCOSS yang sepatutnya membantu membendung ketirisan minyak masak bersubsidi.
“Kita sendiri kena scan eCOSS, terhad tiga paket je. Itu pun dekat pasar raya seminggu beberapa kali je nampak bayangnya. Amboi dia pula berkotak-kotak disauknya,” dakwa seorang lelaki.
“eCOSS tu sekadar mengaburi mata rakyat je. Akhirnya, nanti eCOSS pun ghaib macam MYEG,” dakwa seorang lagi lelaki.
Sementara itu, ramai berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera sekiranya benar individu-individu tersebut merupakan warga asing.
“Sebab tu rakyat nak menteri cakna dengan isu ni. Hak rakyat dan subsidi rakyat dah berapa banyak kena sapu dengan pendatang asing?” soal seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Tular Warga Asing Didakwa Borong Minyak Paket Bersubsidi, Ramai Gesa KPDN Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/warga-asing-seludup-minyak-672x1024.jpg)
![Image from: Tular Warga Asing Didakwa Borong Minyak Paket Bersubsidi, Ramai Gesa KPDN Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/warga-asing-seludup-minyak-2-818x1024.jpg)
![Image from: Tular Warga Asing Didakwa Borong Minyak Paket Bersubsidi, Ramai Gesa KPDN Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/warga-asing-seludup-minyak-3-1024x1001.jpg)
![Image from: Tular Warga Asing Didakwa Borong Minyak Paket Bersubsidi, Ramai Gesa KPDN Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/warga-asing-seludup-minyak-4-693x1024.jpg)
![Image from: Tular Warga Asing Didakwa Borong Minyak Paket Bersubsidi, Ramai Gesa KPDN Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/warga-asing-seludup-minyak-5-1011x1024.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Jumpa Minyak Paket Subsidi Ketika Melancong Di Thailand [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Pakai Minyak Peket Bersubsidi Malaysia, Influencer Thailand Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tegur & Halang Warga Asing Beli Enam Paket Minyak Masak Undang Perhatian [Video]




![Lelaki Dakwa Jumpa Minyak Paket Subsidi Ketika Melancong Di Thailand [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/minyak-paket-di-thailand-1.jpg?t=1790917217)

