Tune Protect perluas kerjasama insurans perjalanan Airpaz ke Indonesia, Thailand, Filipina

WorldBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tune Protect perluas kerjasama insurans perjalanan Airpaz ke Indonesia, Thailand, Filipina Image from: Tune Protect perluas kerjasama insurans perjalanan Airpaz ke Indonesia, Thailand, Filipina johardy09/10/2026 - 09:00 Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Re, Janet Chin dan Ketua Pegawai Kerjasama Airpaz, Wesley Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt - Tune Protect Group Berhad memperluas kerjasama dengan platform tempahan dalam talian Airpaz ke Indonesia, Thailand dan Filipina bagi menawarkan insurans perjalanan ketika pelanggan menempah penerbangan.

 

Kerjasama itu dilaksanakan menerusi Tune Protect Re menyusuli pelancaran tawaran berkenaan di Malaysia pada 2025, sekali gus menjadikan kerjasama tersebut merangkumi empat pasaran, menurut kumpulan itu dalam kenyataan hari ini.

 

Pelanggan boleh membeli insurans perjalanan ketika menempah penerbangan melalui laman web atau aplikasi mudah alih Airpaz, dengan polisi dikeluarkan serta-merta dan maklumat perlindungan tersedia dalam format digital.

 

Langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan serantau Tune Protect untuk menjangkau lebih ramai pelanggan menerusi platform pelancongan digital dan kerjasama di seluruh Asia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Re, Janet Chin berkata, ketiga-tiga pasaran tambahan itu penting kepada kumpulan berikutan jumlah pengembara yang besar dan terus meningkat, penggunaan teknologi digital yang meluas serta permintaan semakin tinggi terhadap perlindungan perjalanan.

 

“Menerusi kerjasama dengan rakan kongsi yang dipercayai dalam ekosistem pelancongan, kami terus memberi tumpuan untuk memperluas akses kepada perlindungan perjalanan dan menyediakan tawaran yang memenuhi keperluan pengembara yang semakin berubah di seluruh Asia Tenggara,” katanya.

 

Rakan insurans tempatan sokong peluasan serantau

Tune Protect Re menyokong tawaran tersebut bersama rakan insurans tempatan, iaitu Tune Protect Malaysia, Oona Insurance Indonesia, Krungthai Panich Insurance di Thailand dan Pioneer Insurance & Surety Corporation di Filipina.

 

Kerjasama itu menggabungkan kepakaran serantau dan keupayaan insurans perjalanan bagi menawarkan perlindungan melalui platform tempahan Airpaz.

 

Chin berkata, penyepaduan insurans secara langsung ke dalam platform Airpaz memudahkan pengembara mendapatkan perlindungan ketika merancang perjalanan.

 

Beliau turut melihat peluang untuk memperluas kerjasama tersebut ke pasaran lain di rantau ini.

 

Ketua Pegawai Kerjasama Airpaz, Wesley berkata, kerjasama itu menambah baik pengalaman tempahan dengan memudahkan pelanggan mendapatkan perlindungan perjalanan secara langsung melalui platform berkenaan.

 

Tawaran tersebut turut menyediakan akses digital kepada maklumat polisi, khidmat pelanggan, pilihan layan diri dan saluran bantuan tuntutan bagi membantu pengembara sepanjang perjalanan mereka. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved