20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

24 Aug 2026 • 3:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

GEORGE TOWN - Dua puluh 20 lelaki warga China direman empat hari bagi membantu siasatan polis berhubung sebuah sindiket penipuan cinta (love scam) yang dipercayai beroperasi menerusi aplikasi media sosial.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid dan berkuat kuasa hari ini, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Kesemua warga asing berkenaan diwakili peguam Cheah Eng Soon.

Kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tiga tingkat di Solok Sungai Emas, Batu Ferringhi, kira-kira jam 7.05 malam semalam.

Mereka disyaki menyasarkan mangsa di China sebelum menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium untuk menjalankan kegiatan penipuan berkenaan.

Dalam serbuan itu, polis dilaporkan merampas lebih 100 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga komputer riba, beberapa buku nota serta peralatan lain yang dipercayai digunakan bagi menjalankan operasi sindiket berkenaan.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti skala sebenar kegiatan sindiket itu, termasuk peranan setiap suspek dalam operasi berkenaan. - Getaran, 24 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved