Twitter Menghentikan Sokongan Dua Akaun Satu Ciapan – CoTweets

TechnologyDigital
2 Feb 2023 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lepas, Twitter ada menguji ciri CoTweets, iaitu ciapan yang boleh dikongsi antara dua akaun. pengumuman berkahwin, mendapat anak, atau memalukan kerjasama menghasilkan satu projek misalnya.

image is not available

Ciapan CoTweets akan mempunyai dua gambar profil dan dua nama penghantar dalam susur masa. Kedua-dua akaun yang berkongsi kemudiannya boleh menghantar ciapan pada peranti berlainan untuk menjawab komen yang ditinggalkan. CoTweets semasa diperkenalkan hanya boleh digunakan oleh sejumlah pengguna di Amerika Syarikat, Kanada dan Korea Selatan.

Kini, belum sempat ciri ini diperkenalkan secara meluas Twitter telah menghentikan ciri ini. Tiada sebab diberikan kenapa ciri ini tidak diteruskan, tetapi kelak di masa hadapan Twitter akan mencari cara terbaik untuk mengimplementasikan ciri ini pada platform mereka.