Ubuntu 26.04 LTS Kini Dicadangkan Menggunakan Komputer Dengan Minima 6GB RAM Untuk Pemasangan

Technology
3 Apr 2026 • 9:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pihak pembangun sistem operasi sumber terbuka, Ubuntu kini menyatakan spesifikasi minimum untuk menggunakan sistem operasi versi terbaru akan datang mereka, Ubuntu 26.04 LTS. Melaluinya, kini ia dicadangkan komputer menggunakan memori 6GB RAM dan ke atas untuk memasang Ubuntu 26.04 LTS, sekaligus memperlihatkan peningkatan berbanding versi sebelum ini yang hanya memerlukan memori 4GB RAM.

Selari dengannya, Ubuntu 26.04 LTS turut memerlukan cip pemprosesan 2GHz dwi-teras dan ke atas, selain ruangan storan sekurangnya 25GB untuk pemasangan.

Seperti biasa, pengguna masih boleh memasangnya pada komputer dengan spesifikasi lebih rendah, tetapi prestasinya dijangka akan lebih rendah dan tidak dicadangkan.

Apa pun, sekiranya anda inginkan alternatif, sejumlah variasi Ubuntu lain dijangka masih akan kekal menawarkan sokongan untuk komputer dengan spesifikasi rendah. Ubuntu 26.04 LTS disasar untuk pelancaran pada 23 April 2026.