Ucapan perwakilan Selangor sentuh sensitiviti agama ketika PAU disiasat

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 11:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ucapan perwakilan Selangor sentuh sensitiviti agama ketika PAU disiasat

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung ucapan Datuk Noorazli Said, perwakilan UMNO Selangor ketika Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M. Kumar berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, sebanyak 86 laporan polis telah diterima berhubung isu tersebut.

“Seramai 93 saksi telah dirakam percakapan yang terdiri daripada orang awam, pihak penganjur dan perwakilan UMNO termasuk suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Seksyen 298 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan kerana menyebut perkataan, membuat bunyi atau isyarat dengan niat untuk melukakan perasaan agama seseorang.

Sementara itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, yang jika disabitkan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Kumar berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok bagi mendapatkan arahan dan nasihat selanjutnya.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan atau menyalahgunakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan ruang digital kekal sebagai platform yang selamat di samping memupuk budaya komunikasi yang matang serta saling menghormati demi kesejahteraan sosial dan kestabilan negara,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Ucapan perwakilan Selangor sentuh sensitiviti agama ketika PAU disiasat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved