Kes kerugian UiTM Holdings: Bekas pegawai pengurusan tertinggi perbadanan ditahan

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes kerugian UiTM Holdings: Bekas pegawai pengurusan tertinggi perbadanan ditahan
Abd Halim

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan ditahan untuk membantu siasatan berkaitan isu kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an disyaki menyalahgunakan kuasanya dalam urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa buah syarikat bernilai kira-kira RM42 juta.

Penahanan lelaki itu dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 1 tengah hari, Isnin di kediamannya di Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2017 dengan membuat pembayaran berkaitan perbelanjaan operasi kepada beberapa buah syarikat yang dipercayai suspek mempunyai kepentingan di dalam syarikat-syarikat tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Suspek dijangka akan didakwa pada Khamis ini (1 Oktober)," katanya.

Penahanan ini adalah susulan siasatan yang dilakukan SPRM berhubung beberapa isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings pada 2023.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved