CMF by Nothing adalah sub-jenama Nothing yang berkembang dengan cukup pantas. Setahun selepas ia diperkenalkan, telefon pintar Phone 1 dilancarkan, serentak dengan TWS dan jam tangan pintar generasi kedua. Kebanyakan produk generasi pertama saya katakan tiada apa-apa yang keistimewaannya tetapi pada generasi kedua CMF telah melakukan beberapa perubahan.

BUDS PRO 2
Jenis Set fon telinga jenis dalam telinga Pemacu Audio Dwi-pemandu Audio 11mm bass + 6mm tweeter
Poliuretana + Polietilena Tereftalat
Mikro-Planar + Polietilena Tereftalat
Kedua-dua disaluti titaniumMikrofon 6x mikrofon HD Pembatalan Hingar Pembatalan Hingar Aktif Hibrid
Mod Tembus BunyiBateri Sehingga 43 jam
60mAh Fon Telinga
460mAh Pod PengecasTambatan Bluetooth 5.3
Google Fast Pair, Microsoft Swift PairCodec AAC, SBC, LDAC Pengecasan USB-C Sokongan aplikasi Nothing X
iOS, AndroidKawalan Pad sesentuh pada tangkai
Smart Dial – Roda BerputarKemampuan kalis air IP55 (Fon Telinga) Harga Jualan RM 299
(Kelabu Gelap/Kelabu Terang/Jingga/Biru)
CMF Buds Pro 2 adalah TWS kedua CMF yang menggunakan rekaan CMF Buds. Rekaan yang elegan, ringkas dan cantik ini turut didatangkan dengan roda berputar untuk kawalan ara suara serta pelbagai mod-mod pendengaran. Kemasan warna jingga pula adalah jenis kusam yang sedikit bergetah memberi cengkaman tambahan. Rekaan setiap fon telinga pula adalah seakan AirPods tetapi dengan tangkai yang leper.

Untuk TWS premium harga mampu milik, CMF menggunakan dua pemandu audio 11mm bass (Polyurethane + Polyethylene terephthalate) + serta pemandu tweeter 6mm mikro-planar (Polyethylene terephthalate) yang kedua-duanya mempunyai lapisan titanium. Codec hanya terhad kepada AAC, SBC dan LDAC. Untuk profil audio, CMF telah bekerjasama dengan Dirac Opteo serta turut menyertakan Ultra Bass Technology 2.0.

Kualiti audio pada CMF Buds Pro 2 adalah seakan Nothing Ear (1) yang sedikit lebih baik. Ia sangat bergantung kepada profil Dirac Opteo dan Ultra Bass sehingga apabila dimatikan audio kedengaran kosong dan sangat mendatar. Kebanyakan muzik pop, akustik dan yang memfokuskan instrumen serta vokal akan kedengaran halus dan kurang memuaskan. Muzik-muzik rancak walau bagaimanapun cukup meriah dan agak seronok untuk pendengaran jangka masa pendek.

TWS baharu CMF ini menyokong Smart ANC yang secara bijaknya menentukan bila hingar akan dibatalkan dan bila mod biasa digunakan. Ia kurang kedap dan bunyi kipas masih boleh kedengaran tetapi mod tembus bunyinya agak jelas. Kawalan boleh dilakukan pada setiap tangkai atau roda berputar Smart Dial pada pod pengecas. Tetapan lain-lain boleh dilakukan pada aplikasi Nothing X seperti Ear yang lain.

Sambungan Bluetooth 5.3 pada Buds Pro 2 juga cukup lancar dan tiada masalah statik seperti yang berlaku pada Ear (a). Perlindungan IP55 yang disediakan sangat saya hargai ketika menggunakannya di luar waktu panas dengan yakin setiap peluh saya tidak akan merosakkan fon telinga ini. Ketahanan bateri untuk ANC adalah sekitar 15 jam, sementara tanpa ANC boleh capai lebih 20 jam, kemudian dengan pod pengecas pula memberi ketahanan sehingga 43 jam dan untuk pegecasan penuh akan mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit.

WATCH PRO 2
Skrin 1.32″ AMOLED, 466 x 466 piksel, 620 nits, 60Hz Sistem Operasi Tersendiri Perlindungan IP68 Sensor Pemecut
Pengimbas Nadi
Saturasi Oksigen DarahLain-Lain GPS/GLONASS/Galileo/QZSS/Beidou
Bluetooth 5.3
120 Mod Sukan
Speaker + MikrofonBateri 305mAh, sehingga 11 hari Bahan Binaan Kerangka Aloi Aluminium
Tali Jam Silikon Cecair/KulitHarga RM 339
Tali Jam: Kelabu Asap/Kelabu Gelap/Biru/Jingga
Bezel: Kelabu Gelap Lengkung/Rata, Kelabu Asap Lengkung/Rata
Jika anda mengadu CMF Watch Pro tahun lepas menggunakan skrin segi empat dengan bezel tidak sekata, Watch Pro 2 kini mempunyai bezel yang bukan sahaja sekata tetapi turut boleh ditanggalkan untuk ditukar dengan bezel lain. Jam direka dengan skrin bulat, bahan binaan yang cukup premium serta untuk kelihatan elegan dan ringkas sesuai untuk pengguna yang tidak menggemari rekaan ranggi.

CMF Watch Pro 2 menggunakan sistem operasi tersendiri. Ia masih membawakan penggunaan lebih kurang sama dengan Watch Pro. Cuma kali ini telah mempunyai 120 mod sukan, lebih 100 muka jam, sistem penjejakan sukan yang lebih pintar, kawalan gestur seakan Apple Watch Series 9 dan juga Always-on Display. Bateri tidak sehebat model lepas tetapi untuk penggunaan lebih satu minggu tiada masalah langsung iaitu mencapai 11 hari.

Selama satu bulan saya menggunakan jam ini, ia lebih selesa berbanding Watch Pro lebih-lebih lagi tali jam yang tidak lagi membuatkan kulit di pergelangan tangan saya gatal-gatal. Prestasi juga terasa lebih lancar dan pantas, dengan setiap muka jam boleh dimuat turun ke jam sekitar kurang 30 saat. Kawalan gestur terdapat sedikit lengah masa dan memerlukan posisi yang sangat tepat untuk digunakan, tetapi kawalan rodak berputar dan skrin sesentuh sangat memadai dan tiada lengah masa.

Sistem penjejakan aktiviti automatik agak bagus dengan kerap menjejak saya berjalan kaki. Saya amat suka tema Nothing yang diintegrasikan seperti warna hitam dengan warna merah atau jingga terang serta tulisan dot matrix yang kemas. Rekaan widget mungkin boleh dipertingkatkan lagi untuk menjadi lebih cantik dan sedap mata memandang. Pemantauan tidur, imbasan nadi dan proses merekod data-data sukar semuanya boleh diterima dengan ia sedikit kurang tepat berbanding Galaxy Watch6, TicWatch Pro 5 atau Apple Watch Series 8.

CMF turut memberi kebebasan kepada pengguna untuk merekabentuk sendiri muka jam atau muat naik gambar peribadi. Aplikasi CMF Watch juga adalah kegemaran saya kerana direka dengan penuh kasih sayang, sangat mesra pengguna, sangat mudah digunakan dan ia sangat ringkas. Pengguna muda, tua atau yang kali pertama ingin menggunakan jam ini pasti tidak akan mengambil masa yang lama untuk belajar menggunakannya.

Watch Pro 2 menawarkan ciri seakan Xiaomi Watch S3 yang membolehkan pengguna tukar bezel serta menghiasi jam dengan pelbagai gabungan tali jam rasmi dengan warna berbeza. Untuk jam harga mampu milik, ia menawarkan ciri kustomasi yang menarik serta pengalaman penggunaan yang menyeronokkan.

APA ADA DALAM KOTAK?
Dengan setiap pembelian CMF Buds Pro 2 pula anda akan menerima;
- 1x Buds Pro 2.
- 1x Putik fon telinga dengan saiz berbeza.
- 1x Kabel USB-A ke USB-C.
- 1x Buku panduan dan keselamatan.

Sementara dengan setiap pembelian CMF Watch Pro 2 pula anda akan menerima;
- 1x Watch Pro 2.
- 1x Bezel siap pasang.
- 1x Tali jam siap pasang.
- 1x Kabel pengecas.
- 1x Buku panduan dan keselamatan.

KESIMPULAN
Walaupun CMF Buds Pro 2 dan CMF Watch Pro 2 tidak membawakan prestasi dan pengalaman penggunaan yang sama seakan TWS dan jam tangan pintar mercu, ia memberikan perasaan lebih kurang sama bagi sesiapa yang memakainya. Buds Pro 2 masih jauh ketinggalan berbanding Ear dan Ear (a), tetapi adalah alternatif mampu milik yang cukup baik.

Untuk Watch Pro 2 ia adalah alternatif kepada Xiaomi Smart Band dengan harga lebih kurang sama tetapi sedikit lebih cool. Kedua-dua produk ini menarik, harga pun mampu milik dan ia adalah gajet yang mencukupi untuk melengkapkan ekosistem Nothing.
PRO & KELEBIHAN
- Iterasi kedua yang lebih berguna.
- Menawarkan banyak kustomasi untuk lebih diperibadikan kepada diri.
- Menawarkan penggunaan premium pada harga mampu milik.
- Tidak teruk dan mempunyai kualiti yang memuaskan.
- Harga jualan yang mampu milik.
KONTRA & KELEBIHAN
- TWS terlampau bergantung kepada profil Dirac Opteo dan Ultra Bass.
- Jam masih lagi menggunakan sistem operasi yang asas.
- Ketahanan bateri tidak selari dengan apa yang dipromosikan.
- CMF Watch dan Nothing X sepatutnya satu aplikasi, satu ekosistem untuk semua.
- Khidmat bantuan pelanggan yang mengelirukan dan tidak konsisten.



