UMNO teguh pertahan institusi diraja, protes isu Najib boleh dianggap derhaka – Zahid Hamidi

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 3:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk melakukan sebarang tindakan berbentuk protes yang boleh ditafsirkan sebagai mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO menjunjung kasih atas ketegasan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pengampunan bersyarat yang membawa kepada pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

Menurut beliau, keputusan pengampunan yang dibuat berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan mencerminkan kuasa dan hak Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong yang perlu dihormati oleh semua pihak.

“Sesungguhnya keputusan pengampunan bersyarat yang diberikan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah cerminan kuasa dan hak Perlembagaan Kebawah Duli Tuanku yang wajib dihormati oleh segenap lapisan institusi dan rakyat jelata,” katanya.

 Ahmad Zahid

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media bertarikh 11 November 2026.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyatakan pendirian UMNO bahawa sebarang tindakan yang mempunyai unsur protes terhadap keputusan pengampunan bersyarat berkenaan boleh membawa maksud mencabar kedaulatan institusi diraja.

“UMNO berpendirian sebarang perbuatan yang memperlihatkan unsur-unsur protes termasuk menjadikan keputusan pengampunan bersyarat yang dititahkan sebagai alasan sesuatu tindakan diambil, ia boleh membawa maksud kepada mencabar dan menderhaka terhadap kuasa Perlembagaan Tuanku,” katanya lagi.

Image from: UMNO teguh pertahan institusi diraja, protes isu Najib boleh dianggap derhaka – Zahid Hamidi

Tegasnya, UMNO akan terus mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong serta institusi Raja-Raja Melayu.

Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara hukum dan segala proses perundangan yang tertakluk kepada Perlembagaan perlu dihormati serta dipertahankan oleh seluruh rakyat.

“Malaysia adalah negara hukum dan selagi mana proses yang melibatkan soal perundangan tertakluk dalam kerangka Perlembagaan, menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk mempertahankannya,”ujar beliau.

Sumber: FB Zahid Hamidi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved