UMNO tutup Tabung Solidariti Najib selepas denda RM50 juta dibayar

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 3:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

UMNO tutup Tabung Solidariti Najib selepas denda RM50 juta dibayar

KUALA LUMPUR, 6 NOV: UMNO hari ini mengumumkan penutupan rasmi akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak selepas jumlah sumbangan diterima mencapai sasaran dan mencukupi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu juga telah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau berkata tabung yang dilancarkan pada 18 Sept lepas itu bertujuan menerima sumbangan orang ramai menerusi kaedah pendanaan awam (crowdfunding) bagi membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"UMNO dengan ini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam bagi tujuan tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Najib dilapor selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pegawai khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar hadir di mahkamah pada 11.30 pagi bagi menyelesaikan urusan pembayaran tersebut dan melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan sebelum pembayaran itu dimuktamadkan.

Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Sept lepas, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved