Undang Yang Empat termasuk yang dipertikai tarik balik semakan kehakiman isu singkir Tuanku Muhriz

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 12:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Undang Yang Empat termasuk yang dipertikai tarik balik semakan kehakiman isu singkir Tuanku Muhriz
Mahkamah merekodkan perkara berkenaan ketika pengurusan kes dijalankan secara dalam kamar di hadapan Hakim, Norliza Othman.

KUALA LUMPUR – Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai menarik balik semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa yang memaksa Menteri Besar Negeri Sembilan menandatangani proklamasi berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Alasan penarikan balik semakan kehakiman disebabkan permohonan tersebut telah menjadi akademik berikutan pengakuan Menteri Besar telah menandatangani Proklamasi bertarikh 3 Ogos lalu.

Mahkamah merekodkan perkara berkenaan ketika pengurusan kes, dijalankan secara dalam kamar di hadapan Hakim, Norliza Othman.

Mereka ialah Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Semua pembesar negeri itu selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman pada Julai lalu dengan menamakan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri sebagai responden.

Empat pihak itu telah memohon perintah mandamus memaksa Menteri Besar menandatangani proklamasi mengiktiraf penyingkiran Tuanku Muhriz dan satu lagi proklamasi mengiktiraf Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar ke-12.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved