Universiti Multimedia (MMU) Merasmikan Fakulti Kecerdasan Buatan Dan Kejuruteraan

LocalTechnology
19 Aug 2025 • 5:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Universiti Multimedia (MMU) kini menjadi universiti swasta pertama di Malaysia yang memperkenalkan fakulti khusus memfokuskan kecerdasan buatan, melalui perasmian Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan. Fakulti ini dilancarkan di kampus MMU, Cyberjaya.

MMU melalui fakulti ini menawarkan pembelajaran Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kecerdasan Buatan Gunaan, dan Sarjana Muda Sains dalam Robotik Pintar. Dengan langkah ini, MMU dijangka melahirkan tenaga pakar dalam arena kecerdasan buatan, selari perkembangan arena digital masa kini.

image is not available
Sekitar perasmian Fakulti Kecerdasan Buatan MMU (Gambar PMO)

Fakulti berkenaan juga turut akan dilengkapi dengan AIX (Pusat Transformasi Kecerdasan Buatan), yang dibangunkan dengan usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pusat transformasi ini akan menempatkan 13 makmal canggih sebagai hab inovasi, selain turut menjadi pusat untuk kerjasama dengan pihak industri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved