Unjuran pendapatan Inari pada FY26 dinaikkan 7% berikutan risiko tarif AS lebih terkawal - AmInvest

LocalBusiness & Finance
10 Sep 2025 • 11:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Unjuran pendapatan Inari pada FY26 dinaikkan 7% berikutan risiko tarif AS lebih terkawal - AmInvest

image is not available

10/09/2025 - 11:00

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Sept - AmInvestment Bank Research (AmInvest) menaikkan unjuran pendapatan Inari Amertron Berhad pada FY26 sebanyak 7% disokong keadaan tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih terkawal dengan pelanggan utama syarikat itu sedang memperluas operasi pembuatan domestik.

Katanya, unjuran sebelum ini dibuat secara konservatif dengan andaian produk frekuensi radio (RF) akan merosot sebanyak 10% akibat kebimbangan mengenai potensi tarif baharu AS terhadap telefon pintar.

"Bagaimanapun, komitmen kukuh pelanggan utama meneruskan pembuatan di AS, kami menjangkakan layanan tarif yang lebih baik," katanya dalam satu nota kajian.

Firma penyelidikan itu berkata, segmen RF kekal sebagai segmen yang matang bagi Inari, dengan pengurusan menjangkakan hasil akan mendatar.

Katanya, bagi kembali ke landasan pertumbuhan, kumpulan itu perlu bergantung pada sumbangan produk serta pelanggan baharu di luar segmen RF.

Sebagai langkah mempelbagaikan pendapatan, Inari turut merancang mengambil alih 25.5% pegangan dalam Lumileds, sebuah penyedia rumusan pencahayaan global.

"Memandangkan Lumileds masih mencatat kerugian, pelaburan ini berisiko mencairkan keuntungan FY27 Inari sebanyak 25% sekiranya diambil kira secara penuh tahunan. Pengambilalihan ini dijangka dimuktamadkan pada suku pertama 2026," katanya.

AmInvest mengekalkan saranan "pegang" dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi iaitu RM1.70 berbanding RM1.50 sesaham.- DagangNews.com

standard