UNL: Aksi paling sempurna England

WorldFootball
5 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Aksi paling sempurna England

RIJEKA – England menyajikan permainan yang cukup sempurna selepas cemerlang membelasah Croatia 7-0 pada aksi ketiga Liga Negara-Negara Eropah (UNL), awal pagi semalam.

Pengurus The Three Lions, Thomas Tuchel tampil memuji kualiti yang disajikan oleh pemainnya khususnya ketika menyempurnakan setiap peluang yang dicipta.

“Kami mencipta banyak peluang, cukup klinikal dan kekal agresif ketika memberikan tekanan serta bertahan. Kami melakukan perkara asas dengan betul dan ia adalah persembahan yang cukup sempurna.

“Semua orang menunjukkan prestasi berkelas tinggi sepanjang 90 minit. Sejak daripada minit pertama hingga akhir, mereka menunjukkan aksi terbaik dan saya patut mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan,” katanya.

Bintang Bayern Munich, Harry Kane dan Bukayo Saka masing-masing menyumbangkan dua gol diikuti satu daripada Jude Bellingham, Anthony Gordon dan Morgan Rogers.

Kane turut tampil memuji kualiti persembahan tersebut dan mengulangi pandangan pengurusnya mengenai dominasi pasukan.

“Kami banyak bercakap tentang menghasilkan permainan selama 90 minit dari awal hingga akhir, menjadi pasukan yang benar-benar dominan dengan bola dan tanpa bola. Itulah yang kami lakukan hari ini.

“Kami berada pada tahap terbaik apabila kami bermain secara bebas dan apabila kami menggunakan kelebihan fizikal untuk mengatasi lawan serta menjadikan permainan itu seperti tahap Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

The post UNL: Aksi paling sempurna England appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved