UNL: Portugal kekalkan aksi sempurna

FootballSports
3 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL:  Portugal kekalkan aksi sempurna

COPENHAGEN – Portugal mengekalkan rekod sempurna di bawah kendalian Jorge Jesus apabila menundukkan Denmark 4-2 dalam aksi Kumpulan D saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL), awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad Selecao yang beraksi tanpa kelibat Cristiano Ronaldo berjaya meledak gol menerusi Goncalo Ramos, Joao Cancelo, Vitinha dan Joao Felix untuk memastikan pasukan menang tiga perlawanan berturut-turut.

Menurut Jesus, aspek paling menggembirakan bukan sekadar empat gol, sebaliknya cara pemain melaksanakan tekanan tinggi yang menjadi antara senjata utama pasukan kali ini.

“Saya gembira kita dapat melakar kemenangan. Saya tidak tahu berapa banyak pasukan yang datang ke sini dan mampu menewaskan Denmark 4-2 sejak beberapa tahun lepas.

“Secara peribadi, saya gembira mempunyai skuad yang percaya kepada visi saya. Mereka semua pemain yang memiliki kualiti individu, semuanya menjadi lebih mudah kerana mereka menyokong idea saya,” katanya.

Sementara itu, Ramos pula mengakui pendekatan taktikal Jesus telah menaikkan kualiti pasukan, terutama dari segi pergerakan dan kefahaman antara pemain.

“Jurulatih baharu sangat membantu. Kami mempunyai idea yang lebih jelas dan tahu dengan tepat di mana rakan sepasukan berada, sama ada ketika bertahan atau menyerang,” katanya. – AGENSI

 

The post UNL: Portugal kekalkan aksi sempurna appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved