UNL: Naluri gol De Bruyne belum pudar

FootballSports
4 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Naluri gol De Bruyne belum pudar

LIEGE – Dua jaringan pemain tengah, Kevin De Bruyne membantu Belgium raih kemenangan 3-0 ke atas Turkiye pada aksi ketiga Liga Negara-Negara Eropah (UNL), awal pagi semalam.

Jaringan itu membuktikan bintang Napoli berusia 35 tahun itu masih mampu untuk menghadirkan impak buat pasukan pada penampilan ke-127 bersama Red Devils biarpun dimamah usia.

“Saya cuba untuk menjadi contoh kepada pemain yang lebih muda dan mahu mereka mengikutinya. Saya rasa yang saya masih lagi mampu untuk menyumbang sesuatu buat pasukan.

“Namun, perkara utama bagi saya adalah untuk menikmati setiap detik dan mahu menghadirkan impak buat pasukan,” katanya.

Penjaring gol terbanyak Belgium, Romelu Lukaku melengkapkan derita Turkiye apabila menyumbangkan satu lagi jaringan buat Belgium yang kini berada di tangga kedua kumpulan, dibelakang Perancis.

Sementara itu, pengendali Belgium, Mark Van Bommel seakan tidak memiliki ungkapan untuk menggambarkan kualiti yang dijelmakan oleh anak-anak buahnya sepanjang perlawanan kali ini.

“Kevin De Bruyne sentiasa mahu bermain. Dia mampu menghadirkan kegembiraan dan kita semua boleh lihat apa yang dipamerkannya pada perlawanan kali ini,” katanya. – AGENSI

 

The post UNL: Naluri gol De Bruyne belum pudar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved