UNL: Penantian Klopp temui noktah

Football
3 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Penantian Klopp temui noktah

MUNICH – Penantian pengendali Jerman, Jurgen Klopp untuk meraih kemenangan pertama terlerai selepas menewaskan Serbia 2-0 pada aksi ketiga Liga Negara-Negara Eropah (UNL), awal pagi semalam.

Florian Wirtz yang mendapat kritikan sebelum ini menyumbangkan satu gol bagi melengkapkan jaringan pertama yang dijaringkan oleh Tom Bischof.

Keputusan itu juga mengelak Klopp menjadi jurulatih pertama yang gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan awal dan kejayaan ini menyerlahkan keyakinan Jerman untuk kembali dalam kelompok elit.

“Kali ini kita dapat lihat gabungan bola sepak dan sikap yang terbaik. Saya beritahu kepada pemain yang kami harus mencipta satu penanda aras baharu.

“Prestasinya (Wirtz) banyak membantu kami dan mampu membantu dirinya jadi lebih baik. Dia sedang berada pada prestasi terbaik dan dia sudah tunjukkan semasa perlawanan ini serta latihan,” katanya.

Secara tidak langsung, tiga mata yang diraih kali ini meredakan tekanan buat Klopp selepas hanya berpuas hati dengan keputusan seri dengan Belanda dan terima kejutan tewas 0-1 kepada Greece dalam dua perlawanan awal.

“Jurgen adalah seorang jurulatih yang mampu menarik semua orang berada bersamanya. Kita dapat lihat pada perlawanan ini dan saya harap ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” kata Bischof. – AGENSI

 

The post UNL: Penantian Klopp temui noktah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved