UNL: Haaland pintas rekod Zlatan, Ronaldo

FootballSports
26 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Haaland pintas rekod Zlatan, Ronaldo

OSLO – Penggempur sensasi Norway, Erling Haaland terus mempamerkan ketajaman apabila meledak dua gol ketika membantu pasukannya membenam cabaran Denmark 3-2 di Stadium Ullevaal pada aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) awal pagi semalam.

Lebih manis, dua gol yang dihasilkan membolehkan Haaland mengesahkan jaringan ke 64 di pentas antarabangsa dan kini memintas rekod dua legenda bola sepak dunia, Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic.

Malah, prestasi luar biasa itu pastinya mengesahkan nama Haaland sebagai salah seorang penyerang atau pun ‘mesin gol’ paling berbisa dalam sejarah bola sepak dunia ketika kariernya dianggap masih panjang.

Ronaldo dan Ibrahimovic yang dilabel sebagai penyerang hebat dunia hanya merekodkan 62 gol di peringkat antarabangsa bersama Brazil serta Sweden.

Sementara itu, Kapten Norway, Martin Odegaard gembira dengan pencapaian hebat Haaland, namun menjelaskan keutamaannya sekarang adalah memastikan pasukan mampu untuk mendapatkan kemenangan.

“Pastinya perasaan pasukan cukup bagus apabila dapat mengalahkan negara jiran dan mampu memulakan saingan Liga Negara-Negara Eropah dengan kemenangan. Walaupun kami ditekan, kami tetap cuba memberikan tentangan.

“Akhirnya kami berjaya menemui ‘jalan’ untuk mengesahkan kemenangan ini. Namun masih banyak yang perlu kami baiki selepas ini,” katanya. – AGENSI

The post UNL: Haaland pintas rekod Zlatan, Ronaldo appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved