UNL: Xavi puas hati aksi babak kedua

FootballSports
26 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Xavi puas hati aksi babak kedua

AMSTERDAM – Pengendali Belanda, Xavi Hernandez percaya pasukannya sepatutnya boleh meraih tiga mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Jerman dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL), awal pagi semalam.

Pada aksi di Johan Cruyff Arena itu, Jerman terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Felix Nmecha sebelum Cody Gakpo menyelamatkan maruah tuan rumah dengan gol menarik pada masa kecederaan.

Menurut Xavi, prestasi pemain pada babak kedua sebagai perkara paling positif apabila pasukannya mula tampil lebih agresif dengan menguasai permainan.

“Kami lebih baik daripada Jerman kali ini dan kami mempunyai sedikit kelebihan. Pada babak kedua, prestasi pemain sangat bagus dan mereka menunjukkan cara permainan yang saya mahukan.

“Babak pertama lebih kurang seimbang, tetapi pemain yang masuk sebagai pemain gantian terutama yang melakukan debut memberikan kegembiraan buat saya.

“Mereka menunjukkan personaliti, kemahuan besar dan keinginan untuk bersaing. Saya harap momentum itu dapat diteruskan selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun, Xavi menerima satu tamparan apabila penyerang, Brian Brobbey terpaksa dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan.

Malah, Xavi mengesahkan Brobbey akan terlepas baki tiga aksi UNL pada baki jendela antarabangsa ini, sekali gus terpaksa mencari alternatif baharu dalam masa terdekat. – AGENSI

 

The post UNL: Xavi puas hati aksi babak kedua appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved