Upah RM6,000 melancong ke Malaysia, bawa ganja

23 Sep 2026 • 12:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Upah RM6,000 melancong ke Malaysia, bawa ganja

SHAH ALAM – Tawaran melancong ke negara ini dengan upah sehingga RM6,000 menjadi modus operandi sindiket pengedaran dadah yang dibongkar menerusi penahanan 11 keldai dadah, baru-baru ini.

Dalam 10 siri serbuan bermula 28 Ogos hingga 21 September lalu, turut menahan seorang lelaki tempatan bertindak sebagai runner dadah di sekitar Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Sepang. Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 62 tahun.

Turut dirampas adalah 671 bungkusan plastik bunga ganja 418 kilogram bernilai RM33.4 juta yang disorok dalam bagasi keldai itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kesemua keldai dadah itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Katanya, mereka ditawarkan melancong di sekitar Lembah Klang selama seminggu dengan upah antara RM5,000 hingga RM6,000.

“Siasatan turut mendapati bagasi berisi dadah itu diserahkan di lobi hotel-hotel yang ditetapkan kepada mereka. Kesemua dadah itu adalah untuk pasaran di sekitar Eropah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati 11 warga asing itu dari negara sekitar Asia Timur, Amerika Selatan dan Eropah dengan mereka tidak mempunyai rekod lampau.

“Manakala, runner dadah warga tempatan itu telah aktif sejak awal tahun ini. Kesemua suspek ini dari sindiket berlainan. Polis turut menyita dua buah kereta masing-masing jenis Perodua Alza dan Toyota Vios dan pelbagai mata wang yang dianggarkan keseluruhan RM37,700,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Shazeli berkata, enam suspek telah didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan enam suspek lagi masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Upah RM6,000 melancong ke Malaysia, bawa ganja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved