UPM kembali rampas takhta Sukipt 2026

7 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UPM kembali rampas takhta Sukipt 2026

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) kembali merampas takhta juara keseluruhan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (Sukipt) 2026 selepas mengumpul 35 emas, 20 perak dan 15 gangsa untuk keseluruhan 70 pingat.

Pencapaian itu menyaksikan UPM mengatasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengumpul 29 emas, 21 perak dan 32 gangsa, manakala Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 28 emas, 18 perak dan 17 gangsa.

Kejayaan tersebut turut menghidupkan semula penguasaan UPM selepas gelaran edisi 2024 menjadi milik UiTM, selain melengkapkan koleksi kejuaraan universiti itu kepada empat kali selepas turut muncul juara pada 2012, 2018 dan 2022.

Timbalan Ketua Kontinjen UPM, Muhamad Malik Ahmad Tobias berkata, pihaknya pada awalnya tidak meletakkan sasaran untuk merampas kejuaraan, namun prestasi atlet dalam beberapa kejohanan sebelumnya memberi petunjuk positif.

“Pada asalnya memang kami tidak menyasarkan kejuaraan pada 2026. Namun, berdasarkan pencapaian atlet yang kami lihat dan pantau menerusi kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) serta VSC, kami sudah dapat menjangkakan kemampuan mereka. Dengan izin Allah, akhirnya UPM berjaya menjadi juara SUKIPT kali ini,” katanya.

Image from: UPM kembali rampas takhta Sukipt 2026
ATLET olahraga HELP University, Daren James Nair dinobatkan sebagai Olahragawan Sukipt 2026 selepas meraih tiga pingat emas dan memecahkan rekod kejohanan dalam ketiga-tiga acara yang disertainya.

Menurut Malik, kekuatan UPM hadir menerusi beberapa sukan tradisi termasuk hoki lelaki dan wanita serta bola jaring, manakala olahraga menjadi antara penyumbang terbesar dengan 15 emas menerusi acara individu.

Bagaimanapun, beliau mengakui kejayaan dalam silat dan menembak menjadi antara kejutan terbesar apabila masing-masing menyumbang tiga dan empat emas, melebihi jangkaan awal kontinjen.

Malik berkata pencapaian kontinjen akan dinilai selepas ini bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan setiap sukan, termasuk ragbi lelaki yang hanya meraih tempat ketiga, sebelum UPM mengalihkan fokus kepada persiapan Sukan Universiti ASEAN (AUG).

Dalam perkembangan sama, atlet olahraga HELP University, Daren James Nair Rodney dinobatkan sebagai Olahragawan Sukipt 2026 selepas meraih tiga pingat emas selain memecahkan rekod kejohanan bagi ketiga-tiga acara berkenaan.

Olahragawati pula menjadi milik Syahida Asyiqin Rusli dari UPSI yang meraih emas dalam acara kayak TK1 200 meter wanita dengan catatan 56.30 saat, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 57.29 saat.

The post UPM kembali rampas takhta Sukipt 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved