UPM Serdang, Kami Datang! Mekdi & Gempak Bakal Gempakkan Kampus Pada 31 Oktober Ini

28 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

UPM Serdang, Kami Datang! Mekdi & Gempak Bakal Gempakkan Kampus Pada 31 Oktober Ini

Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang menjadi destinasi pertama program hasil kerjasama McDonald's Malaysia dan Gempak yang bakal berlangsung pada 31 Oktober 2026, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang di Panggung Percubaan UPM.Mengangkat semangat ‘Kampus Lebih Gempak, Bila Ada Mekdi’, program ini memberi perhatian kepada kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.Menerusi Program Santun Pelajar Mekdi, mahasiswa yang memerlukan bantuan layak menerima bantuan makanan berbentuk baucar hidangan Nasi Mekdi yang boleh ditebus di restoran McDonald's bagi membantu meringankan perbelanjaan harian.Menariknya, Gempakkan Kampus turut membawakan pelbagai aktiviti termasuk sesi perkongsian mengenai perancangan kewangan dan kesihatan mental bersama penceramah bertauliah.Lebih mengujakan, pengunjung berpeluang menyaksikan rakaman khas ‘Borak Dulu Baru Kamu’ bersama seorang selebriti popular yang kini semakin mencuri perhatian menerusi projek terbaharu, ‘Kudrat’.Siapa agaknya selebriti misteri itu? Nantikan pengumumannya!Buat mahasiswa yang mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan pula, peluang uji bakat turut dibuka untuk mereka yang ingin mencuba nasib dalam dunia hiburan.Tidak ketinggalan, pelbagai aktiviti menarik dan interaktif bakal memeriahkan program sepanjang hari.Jadi, warga UPM dan mahasiswa sekitar, jangan lupa tandakan tarikh 31 Oktober ini!Jumpa di Panggung Percubaan UPM, Serdang, bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.Nantikan lebih banyak kejutan dan pengumuman menerusi platform rasmi Gempak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved