UPSI kukuh relevansi DPLI selaras keperluan pendidikan semasa

18 Nov 2025 • 9:00 AM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: UPSI kukuh relevansi DPLI selaras keperluan pendidikan semasa
Antara graduan DPLI UPSI bergambar pada sesi kelima Istiadat Konvokesyen UPSI ke-27 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Photo credit: UPSI

TANJONG MALIM — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kedudukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sebagai antara program persediaan perguruan paling relevan di negara ini melalui pelbagai inisiatif penambahbaikan yang selari dengan keperluan pendidikan semasa.

Menurut Dekan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) UPSI, Profesor Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, relevansi program DPLI dipastikan melalui semakan kurikulum setiap lima tahun, melibatkan industri, institusi pendidikan dan pakar akademik bagi mengekalkan mutu serta memastikan kandungannya terus relevan dengan perubahan sistem pendidikan negara.

Menurut beliau, proses penyemakan terbabit turut memastikan program itu mematuhi standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan piawaian Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO), sekali gus menjamin keberkesanan latihan guru yang ditawarkan UPSI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi kelima Istiadat Konvokesyen UPSI ke-27 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, yang menyaksikan fakulti itu meraikan seramai 973 graduan DPLI pada tahun ini.

Beliau berkata kurikulum yang disusun semula turut menekankan kemahiran abad ke-21 berasaskan 4C iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis bagi melahirkan guru progresif dan mampu berfikir secara reflektif.

“Kadar kebolehpasaran graduan UPSI kekal melebihi 95 peratus, dan graduan DPLI menjadi penyumbang terbesar kepada pencapaian 97 peratus pada tahun 2025.

“Penilaian latihan mengajar secara komprehensif oleh penyelia sekolah dan pensyarah UPSI memastikan pelajar menguasai kemahiran pedagogi, pengurusan bilik darjah dan profesionalisme keguruan sebelum ditempatkan di sekolah.

Image from: UPSI kukuh relevansi DPLI selaras keperluan pendidikan semasa
Dr. Abdul Talib pada sesi kelima Istiadat Konvokesyen UPSI ke-27 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Photo credit: UPSI

Kata beliau, UPSI turut memberi tumpuan kepada latihan profesional berterusan dengan memperkenalkan teknologi pendidikan semasa, aplikasi kecerdasan buatan (AI) serta pedagogi digital dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menyentuh inovasi pembelajaran, beliau berkata UPSI melaksanakan usaha pendigitalan menyeluruh bagi program DPLI berdasarkan piawaian “Standard-based Teachers Education” dan “Malaysian Teacher Standard”.

“UPSI juga menggalakkan penggunaan pedagogi berasaskan data, amalan informed teaching dan kaedah flipped classroom, disokong oleh infrastruktur digital seperti Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan perpustakaan digital berjumlah lebih dua juta bahan,” ujar beliau.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.