Remaja Thailand maut, tiga termasuk bayi kritikal kemalangan

12 Oct 2026 • 5:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja Thailand maut, tiga termasuk bayi kritikal kemalangan

SETIU – Seorang pembantu jurujual warga Thailand maut selepas kereta Perodua Axia dinaikinya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Apek, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada puku 8.30 pagi tersebut, mangsa, Muhammad Dini Haikal Rosli, 16, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Selain 10 mangsa lain pula mengalami kecederaan dengan tiga dilaporkan kritikal termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan
Zahril Asri Mohd. Zain berkata, sewaktu kejadian, kereta Perodua Axia dinaiki Muhammad Dini Haikal bersama dua lelaki lain dikatakan dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Ulser yang dipandu lelaki berusia 43 tahun gagal mengelak lalu merempuh kereta Perodua Axia terbabit,” katanya di sini hari ini.

Zahril Asri berkata, Toyota Ulser itu kemudiannya merempuh sebuah kereta Perodua Axia lain yang dipandu lelaki berusia 63 tahun.

Beliau berkata, dua rakan Muhammad Dini Haikal dan bayi yang menaiki kenderaan Toyota Ulser dilaporkan kritikal dan sedang merima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Setiu, di sini. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja Thailand maut, tiga termasuk bayi kritikal kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved