Utamakan negara dan rakyat, bukan politik – Tuanku Muhriz

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 1:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Utamakan negara dan rakyat, bukan politik – Tuanku Muhriz

KUALA PILAH – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam setiap keputusan yang dibuat.

Baginda bertitah, amanah yang dipikul setiap ADUN bukan sekadar mewakili kawasan masing-masing, malah bertanggungjawab membawa suara, aspirasi, keperluan dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri supaya setiap dasar, perancangan serta keputusan yang digubal benar-benar mencerminkan kepentingan rakyat.

“Kesetiaan dan komitmen kamu hendaklah sentiasa diutamakan kepada negeri dan rakyat yang diwakili mengatasi sebarang kepentingan politik dan peribadi.

“Justeru, setiap tindakan dan pertimbangan hendaklah sentiasa berpaksikan kebajikan rakyat serta kemajuan Negeri Sembilan,” titahnya pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, di sini hari ini.

Pada masa sama, Tuanku Muhriz turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua wakil rakyat yang berjaya memperoleh mandat daripada rakyat semalam.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua bekas ADUN dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menabur bakti dan memberikan perkhidmatan sepanjang penggal lalu.

“Kepada calon-calon yang tidak berjaya, beta berharap mereka terus berkhidmat kepada rakyat dengan penuh dedikasi dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan Negeri Sembilan walaupun tidak dipilih sebagai wakil rakyat,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

The post Utamakan negara dan rakyat, bukan politik – Tuanku Muhriz appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved