UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat

25 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
Dr. Nur Safinas (tengah, hadapan) serta Bakhari (tujuh dari kanan, hadapan) bergambar kenangan bersama kakitangan UPSI dan UUM pada lawatan kerja muhibah di Bangunan Canselori Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI. Photo credit: UPSI

TANJONG MALIM, 23 September 2026 – Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai antara penanda aras dalam pengurusan komunikasi korporat dan perhubungan awam institusi menerusi lawatan kerja muhibah Jabatan Komunikasi Korporat UUM ke Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI, pada Rabu.

Timbalan Pengarah BKK UPSI, Dr. Nur Safinas Albakry berkata BKK berperanan sebagai pusat perkhidmatan dan pembangunan imej korporat universiti yang menyelaras pelbagai aspek komunikasi, termasuk pengurusan media, promosi, publisiti, acara dan protokol, produksi, visual kreatif serta khidmat pelanggan.

Beliau berkata BKK UPSI kini mempunyai 31 kakitangan yang dibahagikan kepada lima unit utama iaitu Unit Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan, Unit Khidmat Korporat, Unit Media dan Komunikasi Digital, Unit Visual Kreatif serta Unit Produksi.

“Segala hal berkaitan imej universiti perlu melalui BKK dan misi kami adalah meningkatkan serta memperkasakan imej universiti melalui aktiviti korporat yang diselaraskan.

“BKK bukan sahaja menguruskan hebahan berita dan publisiti, malah turut memainkan peranan dalam pengurusan acara dan protokol, dokumentasi rasmi, reka bentuk grafik serta perkhidmatan pelanggan,” katanya ketika sesi perkongsian sempena kunjungan tersebut di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Beliau berkata pengurusan komunikasi krisis turut menjadi antara aspek penting dalam operasi BKK, dengan pasukan media dan pengurusan risiko digerakkan segera bagi memastikan maklumat sahih dapat disampaikan kepada pihak berkepentingan.

“Apabila berlaku sesuatu isu atau krisis, pasukan media dan pengurusan risiko akan segera dihubungi dan BKK bersama pihak pengurusan atasan akan merangka naratif rasmi dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat UUM, Bakhari Che Mohamed Ariff berkata kunjungan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri lawatan penandaarasan UUM ke beberapa universiti dan agensi, termasuk UPSI, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata kunjungan itu bertujuan memberi peluang kepada kakitangan UUM untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai amalan pengurusan komunikasi korporat yang dilaksanakan di UPSI.

Bakhari berkata seramai 16 kakitangan UUM menyertai kunjungan itu yang turut menjadi platform perkongsian pengalaman dalam aspek pengurusan media, penulisan berita, komunikasi digital, pengurusan acara, protokol dan komunikasi krisis.

“Kami datang ke sini untuk belajar dan berguru. Kami di UUM dan rakan-rakan universiti lain melihat UPSI ini sebagai antara penanda aras terbaik dalam pengurusan komunikasi korporat,” katanya.

Kunjungan itu turut menyaksikan sesi soal jawab serta pertukaran pandangan mengenai pengurusan acara, pengurusan situasi luar jangka ketika acara rasmi serta cabaran tugas pegawai komunikasi korporat.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved