Velesto peroleh kontrak sedia perkhidmatan penggerudian pelantar RM60.6 juta daripada PTTEP

Business & Finance
12 Jul 2023 • 9:24 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Velesto peroleh kontrak sedia perkhidmatan penggerudian pelantar RM60.6 juta daripada PTTEP

diyana

12/07/2023 - 09:24

KUALA LUMPUR 12 Julai - Velesto Energy Bhd, melalui anak syarikatnya, Velesto Drilling Sdn Bhd telah memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan pelantar penggerudian untuk PTTEP Sabah Oil Ltd dan PTTEP Sarawak Oil Ltd bernilai kira-kira RM60.55 juta.

Velesto Drilling merupakan anak syarikat Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Velesto.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu berkata Velesto Drilling telah menerima surat anugerah daripada PTTEP untuk peruntukan satu 10K rig penggerudian jack-up yang dikenali sebagai ‘Jack-Up Rig #3’ untuk program penggerudian penerokaan 2022-2023nya.

Kontrak itu akan menggunakan Naga 3 kumpulan untuk program penggerudian PTTEP, yang memerlukannya menggerudi dua telaga bermula Februari 2023.

Naga 3 merupakan pelantar penggerudian jack-up julur bebas premium dengan keupayaan kedalaman penggerudian 30,000 kaki dan kedalaman operasi dalam air berkedalaman 350 kaki.

Pada hari dagangan semalam, saham Velesto ditutup tidak berubah pada 23.5 sen, memberikannya permodalan pasaran bernilai RM1.93 bilion. - DagangNews.com