Vestland Infra raih kontrak RM225.07 juta bagi projek pelebaran sungai di Kelantan

LocalBusiness & Finance
15 Oct 2026 • 6:22 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Vestland Infra raih kontrak RM225.07 juta bagi projek pelebaran sungai di Kelantan Image from: Vestland Infra raih kontrak RM225.07 juta bagi projek pelebaran sungai di Kelantan hamden15/10/2026 - 18:22 Sebahagian Projek Pembangunan Bersepadu Lembangan Sungai di Kelantan. Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Okt – Vestland Infra Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung milik penuh Vestland Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM225.07 juta daripada Pembinaan Rizen Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja pelebaran sungai, struktur dan kerja berkaitan di Kelantan Darul Naim.

 

Vestland Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Vestland Infra menerima surat anugerah bertarikh 15 Oktober 2026 daripada Pembinaan Rizen bagi melaksanakan kerja-kerja berkenaan di bawah Projek Pembangunan Bersepadu Lembangan Sungai di Kelantan Darul Naim.

 

Kontrak bernilai RM225.07 juta itu bermula pada 28 Oktober 2026 dan dijadualkan siap pada 14 Oktober 2028.

 

Menurut kumpulan itu, kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan Vestland sepanjang tempoh pelaksanaannya, dengan andaian tiada kelewatan ketara daripada jadual yang ditetapkan.

 

Kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan Vestland Bhd atau pegangan saham pemegang saham utamanya kerana tiada penerbitan saham biasa baharu terlibat.

 

Vestland turut memaklumkan kontrak tersebut merupakan sebahagian daripada urusan perniagaan biasa Vestland Infra, dengan tiada risiko luar biasa dijangka selain risiko operasi lazim yang berkaitan dengan pelaksanaannya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved