[VIDEO] ‘4 kanak-kanak leka bermain dalam saliran air, bimbang tragedi Kulim berulang’

LocalFamily & Parenting
16 Sep 2026 • 10:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘4 kanak-kanak leka bermain dalam saliran air, bimbang tragedi Kulim berulang’

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan empat kanak-kanak mandi dan bermain di dalam sebuah saliran air di Seksyen 25, Shah Alam mengundang kebimbangan orang ramai.

Ini kerana dakwa mereka, tindakan kanak-kanak tersebut boleh mendatangkan insiden buruk seperti yang berlaku di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim, Kedah kelmarin.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @Mr.hazz22, berkata, aksi kanak-kanak terbabit sama seperti kejadian di Kulim kelmarin.

“Budak nakal main parit sama kes di Taman Desa Kayangan, Karangan, Kulim, Kedah. Bakal berulang tragedi ni tak sampai 24 jam kalau aku tak cegah ni. Di jambatan Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor,” tulis individu itu.

Menerusi klip video yang dikongsi individu terbabit, kelihatan kumpulan kanak-kanak terbabit sedang bermain di dalam sebuah saliran yang terletak berhampiran kunci air.

Lebih membimbangkan kata individu itu, lokasi terbabit adalah kawasan yang kerap berlakunya banjir, sekali gus boleh mengundang bahaya sekiranya aktiviti kanak-kanak itu tidak dicegah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyokong tindakan individu itu yang telah memarahi kumpulan kanak-kanak itu agar segera beredar dari parit berkenaan.

“Bagus bang, marah kan je. Mereka ni tak sayang nyawa betul, esok da mati dalam kunci air mak pak sedih la, apa la. Terima kasih bang marahkan mereka,” tulis @Pipibard.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Aifizah.

“Suka dengan masyarakat macam ni, perasaan macam orang tua dulu-dulu. Anak siapa pun kalau buat benda tak betul, semua ditegurnya,”ujarnya.

Terdahulu, dalam kejadian di Kulim kelmarin, empat kanak-kanak maut selepas terjatuh ke dalam longkang dipercayai ketika mahu mengambil bola.

Dua mangsa berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi masing-masing berusia lapan dan 10 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. – KOSMO! ONLINE

@mr.haz22 BUDAK NAKAL MAIN PARIT SEBIJIK KES DI TAMAN DESA KAYANGAN KARANGAN KULIM KEDAH, BAKAL BERULANG TRAGEDI NI TAK SAMPAI 24 jam kalau Aku tak CEGAH ni di Jambatan Sri Muda seksyen 25 Shah Alam Selangor #lemasparit #tragedilemaskulimkedah #pantauanakanda ♬ bunyi asal – Mr.haz22

The post [VIDEO] ‘4 kanak-kanak leka bermain dalam saliran air, bimbang tragedi Kulim berulang’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved