[VIDEO] Kg. Melayu Subang seakan ‘lautan’, air naik paras pinggang

LocalEnvironment
2 Nov 2026 • 5:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Kg. Melayu Subang seakan ‘lautan’, air naik paras pinggang

PETALING JAYA – Seakan-akan lautan. Itu gambaran keadaan di beberapa kawasan Kampung Melayu Subang petang ini apabila limpahan air keruh menenggelamkan jalan raya dan kawasan kediaman susulan hujan lebat.

Beberapa gambar dan rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan kawasan perumahan dipenuhi air sejauh mata memandang sehingga sebahagian rumah kelihatan dikelilingi banjir.

Paras air di sesetengah lokasi dilihat mencecah sehingga paras pinggang orang dewasa, malah beberapa penduduk terpaksa meredah arus banjir bagi menyelamatkan barangan serta mengalihkan kenderaan ke kawasan lebih selamat.

Berdasarkan kemas kini Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di stesen Kampung Melayu Subang merekodkan bacaan 18.88 meter pada pukul 5 petang tadi.

Bacaan itu melepasi paras bahaya 17.4 meter sebanyak 1.48 meter, manakala trend paras air ketika kemas kini berkenaan dilaporkan tidak berubah.

Hujan di stesen sama pula direkodkan sebanyak 11.5 milimeter (mm) pada tahap sederhana pada pukul 5 petang.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi situasi banjir yang berlaku di Kampung Melayu Subang.

Pengguna Threads, @nazrisays berkata sungai utama di kawasan berkenaan sudah melimpah susulan hujan lebat.

“Air sungai utama Kampung Melayu Subang melimpah sampai sama paras betul lebat hujan,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @amm.yusopp berkata, keadaan banjir kali ini lebih buruk berbanding kejadian sebelum ini.

“Banjir lagi Kampung Melayu Subang. Lagi teruk dari hari itu. Terpaksa redah sebab nak alih kereta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Kg. Melayu Subang seakan ‘lautan’, air naik paras pinggang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved