[VIDEO] ‘Babul balik Bangladesh, dengan kami sekali menangis’

24 Oct 2026 • 4:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Babul balik Bangladesh, dengan kami sekali menangis’

PETALING JAYA – Detik perpisahan pasangan suami isteri yang juga pengusaha katering bersama seorang pekerja dari Bangladesh menarik perhatian pengguna media sosial, apabila mereka turut bersama-sama sebak dengan suasana tersebut.

Menerusi hantaran video TikTok Shazwin Ishak memperlihatkan suaminya memeluk pekerja tersebut dikenali sebagai Babul yang pulang ke Bangladesh selepas bekerja selama lapan tahun dengan mereka.

“Sedih lagi buat kami, pekerja sambilan yang setia bekerja dengan kami selama lapan tahun akan pulang ke Bangladesh for good (selamanya). Seorang pekerja yang sangat komited, buat kerja tak berkira, tak curi tulang, kerja sungguh-sungguh, selalu pikiaq (fikir dalam dialek utara) bos.

“Hormat kita walaupun kena marah, tak melawan. Selalu mendoakan kita. Terima kasih Babul selama ada dengan kami. Saya, abang dan team Shazwin Ishak Catering akan sentiasa ingat Babul,” katanya.

Shazwin yang juga Ketua Puteri UMNO Sungai Petani turut memuji Babul kerana ikhlas dan komited mencari rezeki di negara ini untuk kesenangan keluarganya di Bangladesh.

“Kita saudara sesama Islam, Babul datang merantau bekerja cari rezeki halal untuk keluarga di sana. Kami saksi bagaimana Babul kerja siang mala untuk keluarga.

“Ikhlas bekerja mencari rezeki berkat untuk keluarga. Moga Babul dan keluarga sentiasa dirahmati Allah SWT. Insya-Allah kita akan sentiasa berhubung walaupun berjauhan,” katanya.

Video berkenaan mengundang sebak orang ramai selain ada yang berkongsi penglaman masing-masing bekerja dengan pekerja asing di negara ini.

“Kalau majikan baik, dia orang pun pasti akan setia. Lapan tahun bukan masa yang singkat, pasti majikan dia baik sangat,” kata Anne.

“Orang baik ramai sayang. Jadilah baik,” kata Yun.

“Babul nak balik dah, dengan kami sekali jatuh ayaq (air) mata. Semoga baik-baik ja Babul. Semoga dipermudah segala urusan Babul di kampung,” kata Aizriyatul Akma. – KOSMO! ONLINE

@shazwin.ishakSedih lagi buat kami.. Partime staff yg setia bekerja dgn kami selama 8 Tahun akn pulang ke Bangladesh for good.. Seorang pekerja yg sgt komited, buat kerja x berkira, x curi tulang, kerja sungguh2, selalu pikiaq boss, hormat kita, walaupun kena marah xmelawan, selalu mendoakan kita.. Terima kasih Babul selama ada dgn kami.. Saya, Abg & Team Shazwin Ishak Catering akn sentiasa ingat Babul.. Kita saudara sesama Islam, Babul dtg merantau bekerja cari rezeki halal utk keluarga disana.. Kami saksi bagaimana Babul kerja siang malam utk keluarga.. Ikhlas bekerja mencari Rezeki Berkat utk keluarga.. Moga Babul & Keluarga sentiasa dirahmati Allah Swt.. Insyallah kita akn sentiasa keep in contact walaupun berjauhan..

♬ suara asli – Moestafid Hasanah – ꧁𝔽𝔸ℝ𝕀𝕊 𝔸𝕀𝕌𝕄𝕌ℕ𝕀𝕌𝕄꧂

The post [VIDEO] ‘Babul balik Bangladesh, dengan kami sekali menangis’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved