![Image from: [VIDEO] Bayi dibuang dalam tong sampah](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-23-at-17.02.24-1024x640.jpeg)
PETALING JAYA – Tindakan tidak bertanggungjawab membuang bayi yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen di Abdullah Hukum, di sini mengundang pelbagai reaksi sedih dan kemarahan orang ramai di media sosial.
Rata-rata orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasib bayi berkenaan, malah ada yang mempersoalkan tindakan individu terbabit sedangkan masih ramai pasangan mengharapkan kehadiran cahaya mata.
“Kalau tak nak pun jangan buang, bagi kepada mereka yang memerlukan dan mahu mengambil anak angkat,” komen zuraennnn.
Seorang lagi pengguna, beedeepee28 turut meluahkan rasa sedih kerana masih ramai pasangan yang menanti zuriat.
Sementara itu, pengguna blxckrosessss_ mendakwa kejadian berkenaan mengingatkannya kepada satu lagi kes penemuan bayi sehari sebelumnya.
“Alaa semalam dah jumpa satu. Ni lagi. Yang semalam maknya ada hati perut. Bayi bersih siap berpampers dalam beg penghantaran. Yang ini terus dalam tong sampah,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, duniatipu242 turut meluahkan kesedihan terhadap nasib bayi berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan kes berkenaan masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Bayi dibuang dalam tong sampah appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] Hujan di Shah Alam sangat lebat](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-23-at-16.33.48-1024x565.jpeg)