![Image from: [VIDEO] ‘Biasa boleh sampai 15 minit saja, ini satu jam lebih’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-28-at-8.48.22-PM-1024x682.jpeg)
PETALING JAYA – Pengguna jalan raya berdepan kesesakan lalu lintas di sekitar Kerinchi dan Bangsar South, di sini, dipercayai ketika waktu puncak dan hujan.
Menerusi perkongsian pengguna Threads, kamal251, dia memaklumkan keadaan trafik menyebabkan perjalanan tergendala sehingga satu pusingan.
Seorang pengguna, missmiellea_ memberitahu terkandas selama sejam setengah berbanding kebiasaannya hanya 15 minit untuk sampai ke destinasi.
“Jem sebab sangkut orang nak ke SPE atau Sprint je,” komennya.
Seorang lagi pengguna, nabilahshahrl turut meluahkan rasa kecewa dengan reka bentuk laluan trafik di kawasan Kerinchi-Bangsar South yang didakwa gagal menyelesaikan masalah kesesakan, terutama ketika waktu puncak dan hujan.
Pengguna bernama jiejie_je pula mendakwa lampu isyarat di kawasan Southlink turut mengalami kerosakan sebagai antara kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Biasa boleh sampai 15 minit saja, ini satu jam lebih’ appeared first on Kosmo Online.





