![Image from: [VIDEO] ‘Dah bertahun pak Arab takluk Cyberjaya’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-28-at-1.05.47-PM-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Penduduk dan pengguna kenderaan di Cyberjaya rimas dengan segelintir pemandu kenderaan didakwa warga asing khususnya dari Asia Barat yang dikatakan tidak mematuhi undang-undang lalu lintas sekali gus mengundang risiko kemalangan kepada orang lain.
Menerusi hantaran video rakaman kamera papan pemuka atau dashcam oleh pengguna Thread Anepcrowe7, memperlihatkan dua kenderaan memecut laju di simpang empat ketika lampu isyarat berwarna merah dalam kejadian pada 24 Oktober lalu.
“Mengikut pengalaman aku dekat Cyberjaya, biasa yang bawa laju geng Arab yang ramai. Setiap hari mesti jumpa yang bawa macam orang gila. Semoga kerajaan Malaysia sekat semua lesen kereta warga asing atau hadkan jangan masuk Cyberjaya atau Putrajaya,” kata Anepcrowe7 pada hantaran itu.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada penduduk dan pengguna kenderaan di sana yang mendakwa, mereka sering bertembung dengan pemandu warga asing di kawasan itu.
“Teringat pernah kemalangan dekat depan Tamarind. Arab ni keluar macam tiada otak, dahlah kereta guna kereta sewa orang tempatan. Nasib ada uncle (pak cik) Cina ni simpan video rakaman,” kata Faisalmohamad.
“Tengok lah ni kurang ajar pak Arab ni hampir langgar saya. Dengan topi keledar tak pakai bawa motosikal,” kata Ukhti Dubai pada ruangan komen dengan berkongsi satu video.
“Cyberjaya ni dah bertahun-tahun geng Arab atau warga asing conquer (takluk). Sebab tu dulu polis kerap buat roadblock (sekatan jalan raya). Kawasan Neo Cyber tu serabut dengan geng-geng diorang,” kata Nazz_zzan7.
“Masa 2014, ada kawan sata kemalangan sebab orang Arab langgar dia. Dia meninggal masa nak bawa pergi hospital. Masa tu kereta dia tengah tunggu lampu isyarat,” komen Aishasaad1711. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Dah bertahun pak Arab takluk Cyberjaya’ appeared first on Kosmo Online.

![“Parkir Pun Boleh Jadi Drama” – Tular Wanita Cuba Cop Parkir, Didakwa Membebel Sampai Kedai Runcit Selepas Cubaannya Gagal [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/cop-parkir_netizen_1.jpg?t=1793090661)

![[VIDEO] Trafik arah Selatan sesak, semua nak pergi kenduri BASS ke?](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-23-at-16.45.19-e1792745698650-1024x573.jpeg)
![[VIDEO] Pemandu huyung-hayang buat orang ‘nogori’ marah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-22-at-12.07.55-PM-1024x538.jpeg)
![[VIDEO] Viva berpusing atas lebuh raya, tiba-tiba datang ‘towing’ dari belakang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-20-at-3.40.44-PM-1024x766.jpeg)
