[VIDEO] Trafik arah Selatan sesak, semua nak pergi kenduri BASS ke?

23 Oct 2026 • 4:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Trafik arah Selatan sesak, semua nak pergi kenduri BASS ke?

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke Selatan dilaporkan sesak di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan petang ini ekoran pertambahan kenderaan.

Menerusi video perkongsian seorang pengguna Threads, @callme_helen, keadaan trafik dilihat bergerak perlahan dengan barisan panjang kenderaan termasuk kereta dan lori memenuhi lebuh raya berkenaan.

“Lebuh raya menuju ke Selatan sesak teruk.. semua nak pergi majlis BASS kat Muar ke tu? Nasib minggu ni tak balik kampung,” tulisnya secara berseloroh.

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat trafik dikongsikan Lembaga Lebuh Raya (LLM), beberapa laluan arah Selatan dilaporkan mengalami kesesakan.

Antaranya membabitkan laluan Putra Mahkota ke Nilai, Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Yong Peng ke Ayer Hitam, Sedenak ke Senai Utara serta Kempas ke Pasir Gudang.

Sebelum ini, media melaporkan majlis ‘Kenduri Rakyat’ pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal berlangsung di Muar, Johor, Ahad ini.

Pasangan yang mendapat jolokan BASS itu bakal meraikan perkahwinan mereka bersama masyarakat setempat sebelum satu lagi majlis sama diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Syed Saddiq sebelum ini memaklumkan majlis berkenaan diadakan bagi membolehkan hari bahagia mereka diraikan bersama masyarakat, termasuk menerusi tradisi rewang dan memasak bersama-sama.

Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu sebelum mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Trafik arah Selatan sesak, semua nak pergi kenduri BASS ke? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved