[VIDEO] Pemandu huyung-hayang buat orang ‘nogori’ marah

22 Oct 2026 • 12:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Pemandu huyung-hayang buat orang ‘nogori’ marah

KUALA PILAH – “Betul orang cakap naluri seorang isteri tu kuat, sebab itu dia dah pesan awal-awal jangan dekat.”

Demikian luahan seorang pengguna media sosial yang berkongsi video dashcam seorang pemandu yang membawa sebuah kenderaan dalam keadaan terhuyung-hayang sehingga terlibat dalam kemalangan dengan beberapa kenderaan lain semalam.

Kejadian di sebuah daerah di Nilai itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang mengaitkannya dengan isu pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Menerusi hantaran itu, pengguna berkenaan turut meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pemandu itu memandu dalam keadaan membahaya.

“Allahuakbar, kejadian berlaku di Negeri Sembilan,” menurut hantaran itu.

Dalam dashcam itu memperlihatkan beberapa saat selepas pemandu itu memandu dalam keadaan berbahaya berlaku kemalangan dengan beberapa kenderaan lain termasuk motosikal. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Pemandu huyung-hayang buat orang ‘nogori’ marah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved