[VIDEO] Dik Min, Mat Long dicari kes samun kedai emas di Kuala Nerus

13 Nov 2026 • 3:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Dik Min, Mat Long dicari kes samun kedai emas di Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU – Polis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes samun bersenjata membabitkan kerugian kira-kira RM500,000 di sebuah kedai emas Permata Al-Idrus di Batu Enam, Gong Badak di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata kedua-dua individu terbabit dikenali sebagai Mohammad Amin Ridhuan Haji Ismail, 36, atau panggilan Dik Min dan Mat Amin serta Muhammad Hafizul Affendi Abdul Fattah, 27, yang dikenali sebagai Mat Long.

Menurutnya, pihak polis meminta kedua-dua individu berkenaan tampil menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua individu berkenaan diminta tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suffian berkata, kejadian samun di kedai emas Permata Al-Idrus itu berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi apabila dua lelaki dipercayai berbangsa Melayu memasuki premis berkenaan dengan memakai topi keledar serta menutup muka.

“Suspek kemudian mengambil tiga dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000 sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih,” katanya,” jelasnya.

Ujarnua, hasil tindakan pantas polis, kereta yang digunakan dalam kejadian tersebut berjaya ditemukan di Kampung Pak Yuyu, Mengabang Telipot di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada hari sama.

“Pemeriksaan forensik yang dijalankan Bahagian Siasatan Forensik (D10), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu ke atas kenderaan itu turut menemukan kesan cap jari positif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved