![Image from: [VIDEO] Genting Sempah ke KL ‘melekat’, jalan licin berminyak](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-17.56.40-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Aliran trafik dari Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur sesak, dipercayai susulan berlaku kemalangan melibatkan dua treler sehingga dikatakan berlaku tumpahan minyak di atas jalan.
Kejadian tersebut tular di media sosial dikongsikan beberapa pengguna yang memuat naik gambar dan video pada laman Thread.
Berdasarkan gambar dan video itu, kelihatan sebuah treler didakwa terlibat kemalangan, manakala satu lagi treler membawa beberapa kenderaan.
“Siapa yang dalam perjalanan ke KL (Kuala Lumpur) sekarang, boleh tunggu dulu. Sesak teruk melekat weh jauh. Jalan macam licin, macam berminyak,” menurut kapsyen pada video dikongsikan Seera.ayub.
“Kemalangan treler atas highway (lebuh raya) selepas Genting Sempah ke KL. Licin tayar tak boleh control (kawal), hati-hati semua,” kongsi Aqylarhh.
“Memang licin. Baru lalu tadi lepas lori tu, memang banyak minyak tumpah. Ada kereta main laju je tadi depan mata kita orang. Kereta tu berpusing. Belakang habis kena bahu jalan, harap pemandu dan yang lain okey. Hati-hati memandu semua,” komen Shvkaziz. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Genting Sempah ke KL ‘melekat’, jalan licin berminyak appeared first on Kosmo Digital.

![[VIDEO] ‘Terowong tutup, kena lalu jalan lama Gombak’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-19.52.36-1024x768.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kau ingat, kau Spider-Man ke?’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-16.33.04-1024x768.jpeg)



