[VIDEO] ‘Kau ingat, kau Spider-Man ke?’

1 Sep 2026 • 4:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Kau ingat, kau Spider-Man ke?’

PETALING JAYA – Tindakan seorang individu didakwa memanjat bangunan masih dalam pembinaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dipercayai semata-mata mahu mengambil gambar mengundang kemarahan orang ramai.

Kejadian didakwa berlaku kelmarin dengan gambar dan video dimuat naik pada akaun Thread Ameemin memperlihatkan seorang individu didakwa warga asing berjalan di bangunan tersebut tanpa sebarang perlindungan keselamatan.

“Macam mana dia boleh duduk atas McD Bukit Bintang tanpa safety (perlindungan keselamatan), semata-mata nak rekod video. Engkau ni. Akak abang polis kat bawah dah usha (tengok) dari tadi. Tahu kau lari,” menurut kapsyen Ameemin.

Ia mendapat pelbagai komen daripada rakyat Malaysia yang mengecam lelaki tersebut sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Kalau jatuh, menyusahkan bomba pula,” komen Wanie_and_family84.

“Dia buat macam kat taman permainan,” kata Mr Yen.

“Kau ingat, kau Spider-Man ke,” ujar Man Je6. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Kau ingat, kau Spider-Man ke?’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved