[VIDEO] Hampir sejam ‘terperangkap’, Lebuh Raya Persekutuan sesak teruk kemalangan

23 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Hampir sejam ‘terperangkap’, Lebuh Raya Persekutuan sesak teruk kemalangan

PETALING JAYA – Terdapat kemalangan kenderaan sehingga menghalang laluan menyebabkan trafik di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam dan Klang sesak teruk pagi ini.

Perkara itu dikongsikan pengguna Threads, Fendyzz menerusi platform berkenaan kira-kira sejam lalu.

Menurutnya, dia terperangkap dalam kesesakan hampir sejam susulan kemalangan yang menghalang laluan.

Seorang lagi pengguna Threads, Aidajasni turut berkongsi keadaan trafik dari Subang menghala ke Shah Alam yang sesak teruk.

Menurutnya, kemalangan berlaku berhampiran kawasan jejantas menghala ke Batu Tiga.

“Jammed (sesak) teruk dari Subang menghala ke Shah Alam gais! Ada accident (kemalangan) dekat area flyover nak ke Batu Tiga,” katanya.

Sementara itu, Farlynanatasha memaklumkan dia turut terperangkap dalam kesesakan berkenaan.

Pengguna lain, Dayuyunaidi pula mendakwa terdapat beberapa kemalangan serta sebuah bas rosak di beberapa lokasi sehingga menyebabkan kesesakan. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Hampir sejam ‘terperangkap’, Lebuh Raya Persekutuan sesak teruk kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved