[VIDEO] Hilux lawan arus dikejar penunggang motosikal

LocalCars
20 Nov 2026 • 8:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Hilux lawan arus dikejar penunggang motosikal

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandunya melawan arus sebelum terlibat dalam kemalangan di Jalan Raja Laut di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.47 pagi itu turut menyaksikan sekumpulan penunggang motosikal mengejar kenderaan terbabit sebelum beberapa individu dipercayai memukulnya menggunakan topi keledar.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Suffian Abdullah berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 33 tahun itu memandu melawan arus dari arah Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan 1/64D.

Menurutnya, berdasarkan keterangan awal, pemandu dipercayai panik dan hilang kawalan ketika cuba melarikan diri.

“Dalam kejadian itu, kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

“Pemandu turut mengalami lebam pada muka, badan dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan alkohol terhadap pemandu menggunakan alat SD2+ mencatatkan bacaan sifar miligram bagi setiap 100 mililiter darah, manakala ujian air kencing juga didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Hilux lawan arus dikejar penunggang motosikal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved